Harga minyak sawit, rezeki atau beban kepada rakyat?

Harga minyak sawit

Harga minyak sawit, rezeki atau beban kepada rakyat?

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi nampaknya begitu gigih untuk pertahankan kenaikkan harga minyak sawit bukan beban, tetapi rezeki kepada peladang sawit.

Menggunakan matematik 3 juta mendapat manfaat kenaikkan harga sawit, tetapi beliau dangkal kerana ia membebankan 32 juta rakyat Malaysia yang menggunakan minyak masak berasaskan sawit sebagai bahan utama makanan.

Beliau juga gagal membezakan nilai minyak sawit mentah (CPO) dan nilai buah tandan segar (FFB).

Peladang sawit menjual hasil mereka mengikut harga BTS dikilang dengan harga asas yang ditetapkan MPOB. Namun setiap kilang dan pusat pengumpulan hasil memberikan nilai yang berbeza mengikut faktor-faktor tertentu.

Dengan bangga beliau menyatakan nilai RM1000 per tan metrik pada bulan Mei dengan kadar OER 20%, namun ia bukanlah melibat majoriti peladang sawit. Mulai bulan Jun 2021, harga BTS telah menunjukkan trend penurunan sehingga hampir 40% dengan nilai RM760 pertan metrik pada nilai 20% OER. Bagi nilai CPO pula untuk perniagaan hadapan sehingga September juga dilihat akan ada penurunan nilai.

Adakah beliau boleh menjamin dengan turunnya nilai BTS ini maka harga minyak masak akan turun? Dan adakah beliau sebagai Menteri mampu mengawal pasaran untuk mengekal atau meningkatkan harga CPO dan BTS?

Komoditi bukan satu kawasan politik kepartian sebagaiman Menteri dalam parti PAS yang boleh berretorik kepada ahli dan penyokongnya. Pengusaha industri komoditi tidak mahu punca pendapatan mereka dipolitikkan.

Mereka mahu masalah kenaikkan kos operasi ladang diselesaikan oleh menteri termasuk isu tenaga kerja, harga baja dan racun serta nilai gred yang dimanipulasi.

Mungkin menteri kenal duri sekuntum bunga mawar, tetapi tidak rasa tajamnya duri sawit.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)