Harga kereta pula naik 10 peratus

Oleh MHDAILY

Harga kereta pula naik 10 peratus. Harga kereta dijangka meningkat sehingga 10 peratus jika kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berakhir hujung bulan ini.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata peningkatan harga kereta bermula bulan depan tidak dapat dielakkan memandangkan insentif ‘cuti cukai’ yang diberikan kerajaan itu membolehkan rakyat menikmati harga lebih rendah.

Malah, katanya, insentif yang mula dinikmati sejak Jun 2020 itu bukan hanya membantu rakyat memiliki kereta pada harga lebih rendah, malah membantu melonjakkan permintaan, sekali gus menyokong industri automotif yang bergelut sepanjang tempoh pandemik.

Baca Artikel Penuh