Harga daging segar naik sempena Ramadan

Harga daging segar naik sempena Ramadan

Harga  daging segar di sekitar bandar raya ini, naik menjelang Ramadan.

Harga daging segar juga naik kepada RM38 kg, berbanding antara RM35 hingga RM36 kg, minggu lalu.

Tinjauan di beberapa pasar basah sekitar bandar raya ini termasuk di Tampoi dan Skudai mendapati harga ayam segar kini naik kepada RM8.50 sekilogram (kg) berbanding hanya antara RM7.50 hingga RM7.80 kg, minggu lalu.

 

Peniaga ayam segar,Samsul Bahri Anuar, 42, berkata harga ayam segar mulai naik antara 80 sen hingga RM1 sejak hampir seminggu lalu.

Katanya, harga ayam naik setiap kali menjelang Ramadan kecuali tahun lalu musim puasa tahun lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sektor ekonomi tidak banyak dibuka, menyebabkan jualan ayam segar Ramadan tahun lalu merudum.

“Sejak empat hari lalu, harga ayam segar mengalami kenaikan dan dijual peruncit RM8.50 sekilogram (kg)berbanding hanya RM7.50 hingga RM7.80 minggu lalu.

“Peniaga bukan sengaja mahu menaikkan harga ayam segar standard, sebaliknya kami jual runcit berasaskan harga ayam di ladang yang ditawarkan pemborong, jika harga yang ditawarkan itu tinggi, kami terpaksa jual tinggi dan jikq harga ditawarkan rendah sudah pasti peniaga akan jual pada harga murah,” katanya ketika ditemui di lot perniagannnya,hari ini.

Bagi penjual daging segar, Salim Abidullah, 27, pula berkata harga daging naik antara RM2 ke RM3 setiap kilogram berikutan permintaan yang melambung dengan bekalan terhad.

Katanya, penternak memaklumkan harga daging segar terpaksa dinaikkan, berikutan makanan ruji ternakan mereka kini juga sudah naik harga.

“Walaupun harga daging segar agak mahal, ia tetap mendapat sambutan dan menjadi pilihan umat Islam menjelang puasa,” katanya.

Sementara itu, pesara kerajaan, Siti Amaninah Md Yassin, 63, berkata harga barang keperluan menjelang Ramadan kali ini agak mahal berbanding tahun lalu.

“Saya baru beli sedikit sayuran untuk syok puasa dua hari namun harganya sudah lebih RM50.

“Apabila tengok harga ayam segar dan daging pula,harganya memang naik agak ketara berbanding minggu lalu dan sudah pasti akan membebankan keluarga berpendapatan rendah,” katanya.

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/806228/harga-ayam-daging-segar-di-jb-naik-menjelang-ramadan