Harga barang keperluan naik kerana musim tengkujuh – Menteri

Oleh MHDAILY

Kenaikan harga barangan keperluan di Johor, Perak, Kelantan dan Pahang berikutan musim tengkujuh yang melanda negeri-negeri di pantai timur yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata faktor perubahan cuaca yang terlampau sejuk di kawasan pengeluar bekalan utama sayur-sayuran seperti Cameron Highlands pula menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil berkurangan.

“Antara barangan yang menunjukkan peningkatan adalah sayur-sayuran seperti tomato dan sawi. Harga bawang yang diimport dari pelbagai negara pengeluar pula menunjukkan berlakunya penurunan harga,” katanya dalam kenyataan, di Putrajaya hari ini.

Baca Artikel Penuh