Harga asal RM9.90, kini harga Proton Saga Hotwheels RM300 undang perhatian netizen

Baru-baru ini, Hot Wheels Malaysia mengumumkan siri baharu Basic Cars mereka iaitu, Hot Wheels Proton Saga.

Replika kereta ikonik negara itu walau bagaimanapun bukanlah edisi terhad dan boleh dimiliki oleh

Pengumpul di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia dengan harga RM9.90 sahaja.

Harga asal RM9.90, kini harga Proton Saga Hotwheels RM300 undang perhatian netizen

Pun begitu, harga jualan semula kereta itu telah mencecah sehingga RM300.

Sebagai contoh, di platform Shopee, ada yang menjualnya pada harga serendah RM60, dan setinggi RM319.99!

Screenshot 2023 10 15 At 12.39.21 Pm

Harga yang melambung ini disebabkan oleh wujudnya scalpers yang mahu mengaut keuntungan atas angin daripada Hot Wheels Proton Saga tersebut.

Perlu diingat bahawa model Proton Saga bukanlah edisi terhad namun, harga yang ditetapkan oleh scalper semakin melambung tinggi dan tak masuk akal.

Edisi Hot Wheels terbaharu ini direka pada skala 1:64 untuk mengikuti model pertama Proton, Saga 1985.

Ia juga bertujuan untuk memberikan penghormatan khas bagi meraikan ulang tahun ke-40 Mattel di Malaysia.

BACA: PANAS! Anwar Ibrahim buat hal! Lelaki ini dedah apa yang PMX buat dalam 10 bulan buat ramai marah