Hanya perletakan jawatan Muhyiddin mampu pecah kebuntuan

Hanya perletakan jawatan Muhyiddin mampu pecah kebuntuan

Hanya perletakan jawatan Muhyiddin mampu pecah kebuntuan .Keputusan MKT UMNO semalam untuk menarik diri daripada Kerajaan PN menimbulkan satu persoalan undang-undang dan krisis Perlembagaan samaada Malaysia sekarang mempunyai kerajaan yang sah.

Dengan keputusan ini, UMNO yang memiliki 38 orang Ahli Parlimen (Dewan Rakyat) telah menyebabkan kerajaan PN hilang majoriti dengan hanya diwakili 77 orang Ahli Parlimen. Jumlah 77 ini jauh daripada jumlah threshold 111 mengikut Perkara 43 (2) dan (4) Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk sokongan majoriti (jumlah kerusi keseluruhan Parlimen kini hanya 220).

Maka, secara teknikal, Kerajaan PN telah jatuh kerana asas sesebuah kerajaan bergantung kepada keabsahan Perdana Menteri (PM) yang perlu mempunyai keyakinan majoriti sepertimana kehendak Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Secara undang-undang pula, majoriti yang dimiliki oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih tergantung selagi mana tiada pengumuman rasmi jumlah Ahli Parlimen UMNO yang menarik diri daripada Kerajaan PN kerana Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menyebut tentang sokongan Ahli Parlimen dan bukannya parti politik yang diwakili mereka.

Secara politik pula, Tan Sri Muhyiddin telah diberikan isyarat jelas bahawa parti gabungan Kerajaan PN telah menarik sokongan terhadap beliau, maka secara politik dan moralnya, beliau perlu meletakkan jawatan sebagai PM.

Kaedah kehilangan atau keabsahan majoriti seseorang Ahli Parlimen perlu diputuskan di dalam Parlimen sepertimana precedent kes Stephen Kalong Ningkan. Namun, precedent kes Dato’ Seri Nizar, majoriti boleh ditentukan di luar Parlimen.

Memandangkan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen bersidang segera, maka penting dan wajib Parlimen dibuka secepat mungkin dan usul undi percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin hendaklah dijadikan urusan pertama. Usul ini boleh dibawa Ahli Parlimen Pas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) Dato’ Takiyuddin Hassan yang pernah mengemukakannya terhadap Tun Mahathir ketika PH memerintah dahulu.

PM adalah institusi berperlembagaan dan seharusnya keabsahannya dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan. Jika Perdana Menteri Israel dan Sweden berani untuk diuji keabsahan di Parlimen, Tan Sri Muhyiddin perlu juga perlu berani mengambil langkah sama supaya keluhuran undang-undang dan perlembagaan dijunjung dan institusi demokrasi dipelihara.

Sebaiknya, Tan Sri Muhyiddin hendaklah secara terhormat meletakkan jawatan sebagai PM dan seorang Ahli Parlimen yang mempunyai keyakinan majoriti dilantik sebagai PM. Negara perlu dipulihkan dan bukan masanya lagi berpolitik untuk kepentingan parti atau peribadi. PH sebagai blok terbesar seharusnya diberikan peluang oleh Ahli-ahli Parlimen lain untuk mengambil alih pentadbiran negara demi kemaslahatan rakyat yang kini sengsara akibat kegagalan kerajaan PN.

 

Sumber:

Kalau Anda Terlepas: Panas !!! Muhyiddin hanya ada dua pilihan