Hanya mampu minum air perigi dua hari berturut penangan PKP

Oleh MHDAILY

Dia tidak mampu memiliki kenderaan kerana miskin, namun jika diupah mengecat atau menebas semak, Mohd. Zakuan Ibrahim sanggup berjalan kaki berkilometer dari rumah bagi melakukannya, demi sesuap nasi.

Mohd. Zakuan, 46, hidup seorang diri dalam serba kekurangan, termasuk tiada bekalan elektrik di rumah peninggalan orang tuanya di Kampung Pangkal Changgong, di sini selepas berpisah dengan isteri, kira-kira 10 tahun lalu,

Ketika ditemui, lelaki itu memberitahu, pendapatannya terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dia pernah minum air perigi selama dua hari berturut-turut bagi mengalas perut kerana terputus bekalan makanan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Hanya mampu minum air perigi dua hari berturut penangan PKP

MOHD. Azman Ghazali (duduk) memerhatikan Mohd. Zakuan Ibrahim memasak di rumahnya di Kampung Pangkal Changgong, Machang.

Katanya, kerana malu dan tidak mahu hidup meminta-minta, kesusahan dialami dalam tempoh PKP dipendam sendiri dan tidak pernah diceritakan kepada sesiapa sama ada jiran atau saudara-mara.

“Saya mengambil upah mengecat dan menebas semak dengan pendapatan RM30 hingga RM50 sehari. Sejak PKP, sudah lama saya tidak diupah, jadi kena berjimat-cermat untuk makan dan membeli lilin,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, ramai yang terkejut mengetahui Mohd. Zakuan rupa-rupanya pernah menjadi juruprogram di sebuah bank di Kuala Lumpur namun berhenti kerja pada 2003 kerana mahu pulang ke Kelantan menjaga ibu yang sakit.

“10 tahun lalu, saya berpisah dengan isteri. Saya keluar dari rumah kami di Kok Lanas dan tinggal berdua dengan ibu sehinggalah arwah meninggal dunia akibat serangan angin ahmar beberapa tahun lalu,” katanya.

Katanya, walaupun nasibnya berubah drastik selepas pulang ke Kelantan, dia tidak pernah menyesal membuat keputusan meninggalkan pejabat berhawa dingin kerana sekurang-kurangnya dia sempat menjaga arwah ibunya.

Pada 2014, Mohd. Zakuan sekali lagi diuji apabila banjir besar yang melanda Kelantan atau juga dikenali sebagai bah kuning meranapkan sebahagian besar struktur rumah, meninggalkan sebuah bilik yang kemudiannya digunakan sebagai tempat berlindung dan memasak sehingga sekarang.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang sumbangan boleh menghubungi Mohd. Zakuan sendiri menerusi talian 018-2845703.

Berita Penuh : https://utusan.news/berita/2021/09/sanggup-jalan-kaki-demi-sesuap-nasi/

BACA JUGA : Cikgu ini ambil cuti sakit sebab buat part time kerja kontrak