Hanya individu lengkap vaksinasi sahaja dibenar naik pengangkutan awam

Oleh MHDAILY

Hanya individu lengkap vaksinasi sahaja dibenar naik pengangkutan awam.Kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan peraturan mewajibkan pengguna pengangkutan awam termasuk pesawat melengkapkan vaksin COVID-19 sebelum dibenarkan mengakses kemudahan itu.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, peraturan yang berkuat kuasa 10 Oktober ini akan turut membabitkan program kebudayaan, saintifik, sosial dan rekreasi.

Memetik laporan Arab News, individu yang belum melengkapkan dua dos vaksin juga tidak dibenarkan menyertai aktiviti ekonomi, komersial, kebudayaan, rekreasi, sukan dan pelancongan.

Baca Artikel Penuh