Hanya Adun keluar parti, Warisan Sipitang tetap utuh

Oleh MHDAILY

Kedudukan Warisan Sipitang tetap kukuh, walaupun ketua bahagiannya yang juga ADUN Sindumin, Yusof Yacob meninggalkan parti itu, kata Timbalan Ketua Bahagiannya, Mahadi Momin.

Beliau berikrar Warisan Sipitang akan kekal bersama Presidennya, Shafie Apdal dan tidak akan mengikuti jejak Yusof.

โ€œWarisan Sipitang tidak menjadi lemah dengan tindakan (Yusof) keluar parti, malah semakin bersemangat, sekali gus bersatu dalam memperkukuhkan perjuangan parti di masa depan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

Hanya Adun keluar parti, Warisan Sipitang tetap utuh

Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Azhar Matusin (tengah) menyampaikan ucapan ketika menghadiri mesyuarat Warisan Bahagian Sipitang di Sipitang malam tadi.

โ€œWarisan Sipitang termasuk sayap-sayap parti masih berfungsi seperti biasa, termasuk bersedia menjalankan mesyuarat agung tahunan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

โ€œSemua ahli jawatankuasa Warisan Sipitang, termasuk jawatankuasa sayap Wanita, Pemuda dan Wirawati melafazkan ikrar untuk kekal setia serta berprinsip meneruskan perjuangan parti dan ikrar setia dizahirkan di hadapan Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Azhar Matusin, malam tadi,โ€ katanya dalam kenyataan.

Mahadi berkata, hanya tujuh ahli jawatankuasa bahagian, termasuk pemangku ketua Wanita menyuarakan pendirian keluar parti bersama Yusof setakat ini.

โ€œKita sahkan di sini, tiada lagi ahli serta cawangan yang mengumumkan keluar parti untuk bersama beliau (Yusof).

โ€œDalam masa sama, Warisan Sipitang bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-15 pada bila-bila masa, sekali gus akan menyokong serta memastikan kemenangan calon yang akan dipilih kepimpinan parti kelak.โ€

Kelmarin, Yusof mengumumkan beliau meninggalkan Warisan untuk menyokong Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Yusof adalah ADUN Warisan kedua yang meninggalkan parti itu, selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik) berbuat demikian pada 25 Feb lalu.

Memandangkan kerusi Bugaya yang dipegang parti itu dikosongkan susulan kematian ADUN Manis Muka, Warisan kini hanya memegang 20 daripada 73 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Warisan pada mulanya memiliki 23 daripada 32 kerusi dengan Warisan Plus, iaitu gabungan parti itu bersama DAP, PKR dan UPKO pada pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/10/warisan-sipitang-tetap-kukuh-takkan-ikut-jejak-yusof-keluar-parti/

BACA JUGA :ย Hanya individu lengkap vaksin dibenar rentas negeri โ€“ PM