Hans Isaac menang pemilihan Ketua Cabang Ampang PKR

Hans Isaac menang pemilihan Ketua Cabang Ampang PKR. Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac memecah tradisi apabila memenangi jawatan Ketua Cabang Ampang bagi Pemilihan PKR 2022 selepas pemilihan semula diadakan pada Rabu berikutan kes salah laku pengundian di cabang tersebut pada 21 Mei lalu.

Berdasarkan keputusan di laman web Pemilihan PKR 2022, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, berjaya memperolehi 748 undi.

Beliau menewaskan seorang lagi selebriti, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, dengan perbezaan dua undi apabila menyaksikan penyanyi rap itu meraih 746 undi.

Baca Artikel Penuh