Hanipa dedah sidang parlimen bakal jadi medan perutusan khas sahaja

Hanipa dedah sidang parlimen bakal jadi medan perutusan khas sahaja

Hanipa dedah sidang parlimen bakal jadi medan perutusan khas sahaja. Jika mengikut perutusan yang dikeluarkan oleh Kerajaan PN bertarikh 5/7/2021 ini, sidang Parlimen yang ingin diadakan di dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi ini, ia hanyalah sekadar sidang atau mesyuarat khas sahaja sedangkan sepatutnya mereka kena membuat sebuah sidang Parlimen yang “proper” seperti yang lazim dibuat. Itulah tuntutan Perlembagaan di mana sistem negara ini bertunjang kepada ketinggian perlembagaan (the supremacy of constitution).

Maknanya, oleh kerana sidang Parlimen bagi tahun 2021 ini masih belum pernah dibuka atau rasmikan sidangnya oleh YDPA -salah satu kompomen penting dalam Parlimen negara ini berdasarkan skema Perlembagaan Persekutuan ( selain Dewan Rakyat dan Dewan Negara)-maka patutnya sidang yang ini perlu dianggap sebagai perasmian rasmi sidang Parlimen oleh YDPA bagi tahun 2021.

Mungkin sahaja YDPA sendiri ada niat untuk bertitah sesuatu untuk memaklumkan sesuatu kepada rakyat. Bukankah institusi DiRaja dianggap memayungi rakyat?

Parlimen = YDPA + Dewan Rakyat + Dewan Negara.

Setakat ini para ahli Parlimen masih belum menerima mana-mana notis pemakluman rasmi tarikh sidang Parlimen lagi. Tidak pasti bilakah notis itu akan diserahkan kepada kami?

Sidang

Apabila Kerajaan memaklumkan hanya ingin mengadakan sidang /mesyuarat khas sahaja , logiknya atau maknanya ia hanyalah sebuah sidang untuk tujuan tertentu sahaja.

Semasa saya berada dalam Kerajaan PH, hal ehwal Parlimen itu adalah antara tugas hakiki JPM (undang-undang) yang antaranya, YB mendiang Dato VK Liew dan saya diamanahkan untuk menjaganya.

Bila Kerajaan hanya ingin sekadar mengadakan sidang khas sahaja, maknanya tidak akan ada sessi soal jawab dengan para menteri/timbalan yang biasanya diadakan dari jam 10 pagi-11.30 pagi (untuk hari Isnin dan Rabu).

Jika ada sessi MQT (Masa Sessi Soal-Jawab kepada Menteri sahaja (timbalan tidak boleh menjawab) ia akan bermula dari jam 10 pagi-10.30 pagi dan selepas itu ia dilanjutkan hingga ke jam 12 tengah hari.

Maknanya melalui sessi soal jawab tersebut, para ahli parlimen dibenarkan untuk lebih awal kemukakan soalan-soalan lisan dan bertulis kepada Setiausaha Dewan bagi mereka membangkitkan isu isu penting dalam negara kepada kementerian tertentu.

Semasa mendiang YB Dato VK Liew dan saya diamanahkan menjaga hal ehwal Parlimen dahulu, kami telah berjaya berbincang dan berjaya mendapatkan persetujuan YAB PM untuk YAB PM turun ke Parlimen bagi tujuan menjawab sendiri soalan semasa sessi MQT bagi menjawab isu-isu yang maha penting.

Misalnya, isu Tabung Haji. Meskipun YB Dr Mujahid, misalnya, boleh menjawab, tetapi kita memohon agar YAB PM sendiri yang menjawab. Saya sendiri telah bertemu empat mata dengan YB PM pada masa itu bagi berbincang betapa mustahaknya beliau sendiri turun menjawab walaupun kami sedar kekangan masa yang beliau hadapi.

Sebenarnya kami, pada masa itu, telah bergerak ke arah untuk melaksanakan sesi soal jawab khas dengan PM sahaja setiap minggu di Parlimen jika Kerajaan PH tidak dirompak!

Oleh kerana kita adalah Kerajaan yang ada mandat rakyat, kita mahu di Parlimen, seberapa boleh semua isu rakyat boleh ditanya dan dijawab. Itulah namanya akauntabiliti. Sebab itu juga ia dinamakan Dewan Rakyat.

YB TS Speaker pada masa itu pun lazimnya akan memberi kelonggaran/leeway dari segi masa dan bilangan soalan tambahan yang hendak ditanya jika YAB PM sendiri yang turun menjawab.

Hatta dalam sidang Dewan Negara, YAB TPM juga telah beberapa kali turun dan menjawab soalan.
Bagi sidang khas bermula 26/7/2021 ini nampaknya semua itu malangnya tidak akan ada.

Jika ada, sudah tentu mereka telah pun menghantar notis pemaklukman kepada para MP untuk mereka kemukakan soalan-soalan itu.

Para ahli Parlimen umumnya tidak mahu melepaskan peluang sesi ini. Malangnya untuk sidang khas ini hak mereka seperti sedang dirampas!!!

Seperkara lagi, kita semua maklum bahawa Kerajaan sudah membelanjakan wang negara @ wang rakyat, maka perbelanjaaan itu tidak dapat tidak patut dibahaskan di dalam sidang Parlimen!

Amat perlu dibentangkan sebuah RUU perbekalan tambahan (supplementary budget) untuk dibahas dan diluluskan. Itu kemestian menurut undang-undang. Sebab wang itu adalah milik negara atau rakyat! Kegagalan berbuat demikian boleh ditafsir sebagai pecah amanah dan satu jenayah!

Sekali lagi, malangnya kita tidak nampak ia akan berlaku di sidang khas ni. Di manakah dasar pertanggungjawaban?

Sebab itu, khabar angin yang bertiup kencang dalam kalangan para ahli Parlimen adalah sidang khas ni berkemungkinan hanya seperti perutusan khas sahaja. Kami berharap ianya tidak betul.

Jujurnya, kami tidak rasa apabila YM Tuanku YDPA dan YM Raja Raja Melayu menitahkan beberapa kali supaya perlu diadakan sidang Parlimen dengan segera, ia hanyalah diniatkan hanya satu sidang atau mesyuarat khas semata-mata yang semacam sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Bukankah asas negara ini adalah Demokrasi Berparlimen?

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/sidang-khas-sahaja/

jika Terlepas: Gempar !!! Rafizi ‘serang’ kerajaan negeri Selangor