Hakim Mahkamah Tinggi dedah Sekolah Vernakular diiktiraf sebelum merdeka lagi

Oleh MHDAILY

Hakim Mahkamah Tinggi dedah Sekolah Vernakular diiktiraf sebelum merdeka lagi.Sekolah vernakular telah lama diiktiraf dalam rangka kerja perundangan sistem pendidikan sebelum Merdeka dan wujudnya Perlembagaan Persekutuan, kata seorang hakim Mahkamah Tinggi.

Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, ini terbukti dalam Ordinan Pelajaran 1952 dan 1957.

Beliau berkata, susulan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, sekolah vernakular diberi pengiktirafan sewajarnya bawah Akta Pendidikan 1961 serta 1996.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Menurut Nazlan, pelaksanaan hak perlembagaan ini oleh kerajaan bukan sahaja terhad kepada pengajian Bahasa Tamil dan Mandarin, malah diperluaskan kepada penggunaannya sebagai bahasa pengantar pengajaran.

“Menggunakan pendekatan prismatik kepada penggubalan peruntukan Perlembagaan, saya menganggap penggunaan Bahasa Mandarin atau Tamil sebagai bahasa pengantar adalah untuk mengajar mata pelajaran lain,” katanya dalam penghakimannya ketika menolak saman yang mempersoalkan keperlembagaan sekolah vernakular.

Justeru, katanya, kerajaan melalui Akta Pendidikan terus memelihara dan mengekalkan penggunaan dan pengajian bahasa komuniti di negara ini.

“Ini dilindungi bawah Perkara 152(1)(b) Perlembagaan,” katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi dedah Sekolah Vernakular diiktiraf sebelum merdeka lagi

Oleh itu, katanya, “jika kerajaan persekutuan mahu, ia mempunyai kuasa untuk memelihara dan mengekalkan penggunaan dan pembelajaran Bahasa Mandarin atau Tamil di negara ini.”

Nazlan membuat kenyataan ini ketika membatalkan saman yang dikemukakan oleh tiga kumpulan Melayu-Islam yang menyatakan kewujudan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa-bahasa ini mengenepikan penggunaan Bahasa Malaysia, bahasa rasmi negara.

Beliau berkata, tidak seperti universiti, sekolah vernakular bukanlah pihak berkuasa awam dan oleh itu, penggunaan bahasa pengantar bukan Melayu untuk pengajaran bukan untuk tujuan rasmi.

Katanya, Penyata Razak pada 1956 memperkenalkan langkah kompromi di mana sekolah vernakular dibenarkan mengekalkan penggunaan bahasa ibunda, manakala Bahasa Melayu akan menjadi bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan.

Oleh itu, rekod dan latar belakang sejarah menunjukkan bahawa sebelum Merdeka, penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular telah lama diiktiraf dan diterima di negara ini.

“Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak pernah diragui dan, pada masa sama, secara nyata dihasratkan untuk tidak menjejaskan penggunaan bahasa lain dalam sistem pendidikan,” katanya.

“Boleh dikatakan dengan adil bahawa tujuan dan niat Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan bukanlah untuk melarang penggunaan bahasa lain di sekolah vernakular.”

Saman itu dimulakan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) pada Disember 2019.

Mereka memohon deklarasi bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), yang membenarkan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, justeru batal dan tidak sah.

BACA JUGA :

Pegawai Kanan SPRM dipenjara 2 tahun kerana edar dadah
Ahli arkeologi terkejut jumpa mumia berlidah emas
“Tindakan MAIS tarik balik tauliah aktivis politik boleh pecah belahkan umat Islam, gembirakan musuh”