Haji 2023: Warga emas diberi keutamaan tahun ini

Oleh MHDAILY

Haji 2023: Warga emas diberi keutamaan tahun ini. Ketua Pengarah Haji dan Umrah Kementerian Agama, Hilman Latief memaklumkan jemaah warga emas akan diberi keutamaan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Menurut Hilman, terdapat kira-kira 60,000 bakal jemaah haji tahun ini yang dikategorikan sebagai warga emas berumur 65 tahun ke atas.

“Memandangkan pihaknya berhasrat mengutamakan warga emas, kementerian akan mengoptimumkan usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah warga emas agar mereka dapat menunaikan ibadah haji.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Bantuan fizikal, kemudahan dan bimbingan akan diberikan kepada jemaah haji yang lebih tua dan kami berharap mereka akan mencapai haji yang sempurna,” katanya ketika berucap merasmikan Masjid An-Nur Sangkana Muhammadiyah di Cirebon kelmarin.

Selain itu, kementerian itu akan mendapatkan lebih banyak kemudahan untuk bakal jemaah haji dari Jawa Barat, termasuk tempat pelepasan haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati di daerah Majalengka.

Katanya, lapangan terbang yang dibangunkan dengan bajet yang besar itu menjadi kebanggaan rakyat Jawa Barat justeru usaha perlu dilakukan untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Haji 2023: Warga emas diberi keutamaan tahun ini

“Rakyat Jawa Barat menjangkakan lapangan terbang yang dibangunkan dengan bajet besar mencecah angka trilion rupiah itu digunakan untuk pelepasan jemaah haji. Kami juga menyokong penyediaan asrama untuk jemaah haji ,” tambah Hilman.

Menurut Hilman, kementeriannya juga sedang merancang untuk menyediakan pegawai khas bagi membantu jemaah haji warga emas pada musim haji tahun.

Jelasnya, jumlah bakal jemaah haji warga emas yang luar biasa tinggi tahun ini berpunca daripada penarikan balik sekatan had umur yang dikuatkuasakan sebelum ini bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan warga emas.

“Ketika ini jemaah haji berumur lebih 65 tahun lebih ramai daripada biasa. Ini kerana ada di antara mereka yang disekat daripada berlepas tahun lalu, jadi mereka berkumpul pada tahun ini,” katanya.

BACA:

‘PM Anwar dalam dilema’

Beli air secawan je, lepak sampai 5 jam – Netizen berang Mcd jadi ‘Perpustakaan awam’

Ini cara unlinked akaun Tabung Haji dengan Maybank, “senang kena scam weh”