Hadir majlis perkahwinan dengan parang ditangan, mengaku bunuh orang

majlis

Hadir majlis perkahwinan dengan parang ditangan, mengaku bunuh orang .Sebilangan tetamu sebuah majlis perkahwinan di wilayah Kalimantan Selatan lari bertempiaran apabila didatangi seorang lelaki berparang yang mengaku baru sahaja membunuh seorang individu lain, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Herlan, 45, itu dilaporkan secara tiba-tiba hadir pada majlis perkahwinan salah seorang jirannya dan membuat pengakuan bahawa dia baru sahaja membunuh jirannya yang lain, Dedi Rahman.

“Saya telah membunuh Dedi,” kata Herlan seperti yang diceritakan oleh salah seorang tetamu yang hadir.

Menurut seorang lagi tetamu majlis dikenali sebagai Utuk, tiada seorang pun yang berani mendekati Herlan pada waktu itu.

“Dia seperti orang yang sedang mabuk dan tangannya sedang memegang sebilah parang,” katanya.

majlis

Beberapa penduduk kampung kemudian pergi ke rumah Dedi untuk memeriksa keadaannya, dan sebaik tiba mereka mendapati lelaki itu berada dalam keadaan berlumuran darah serta tidak menggerakkan badannya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan, namun tidak dapat diselamatkan kerana mengalami cedera parah akibat dilibas parang pada bahagian pinggang, bahu dan belakang leher.

Punca pembunuhan dilaporkan masih tidak dapat dipastikan selain Herlan yang merupakan seorang bekas banduan turut melarikan diri ke dalam hutan.

Polis Indonesia buat masa ini masih memburu suspek.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/30/hadiri-majlis-perkahwinan-sambil-pegang-parang-selepas-membunuh/

BACA: Mahathir senarai nama anggota MPN yang beliau cadangkan