Hadi ingatkan golongan tak selesa dengan kerajaan agar letak jawatan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu penjawat awam mengikut arahan kerajaan dikuasai parti yang memerintah walaupun tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

Tegasnya, jika penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan yang bukan daripada parti yang disokong, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.

Beliau turut menggunakan contoh seorang pemain bola sepak profesional dari Kedah yang menerima tawaran untuk bermain di Selangor kerana ditawarkan bayaran yang lebih mahal.

Hadi ingatkan golongan tak selesa dengan kerajaan agar letak jawatan

“Dalam perlawanan bola sepak antara negeri asalnya iaitu Kedah dengan pasukan bola sepak negeri Selangor, tiba-tiba dia menyerang pintu gol Selangor untuk memenangkan pasukan negeri asalnya. Ini adalah suatu perkara yang salah dari segi moral.

“Begitulah mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dan berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), tiba-tiba mengikut arahan PH yang sudah tidak menjadi kerajaan lagi,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden Pas di Facebooknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pemilihan dalam kalangan teknokrat secara khusus oleh pihak kerajaan hendaklah mengikut panduan berdasarkan bidang kuasa politik pemerintah.

Katanya, pihak teknokrat pula perlu melaksanakan tugas mengikut dasar dan polisi yang ditetapkan oleh pihak pemerintah mengikut konsep pengasingan kuasa, namun tidak terputus demi memelihara tanggungjawab secara kolektif dan saksama.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/137993/BERITA/Politik/Letak-jawatan-jika-tidak-selesa-dengan-kerajaan

BACA JUGA : Malaysia tidak pernah sunyi dari isu video seks

COMMENTS

Wordpress (0)