Hadi beri amaran kepada Umno, jangan buat PRN lagi, jika tidak…

Hadi beri amaran kepada Umno, jangan buat PRN lagi, jika tidak…

Hadi beri amaran kepada Umno, jangan buat PRN lagi, jika tidak…Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa PAS dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kekuatan tersendiri untuk bertindak balas terhadap strategi Umno mencetuskan pilihan raya di Johor dan sebelum ini di Melaka.

Beliau turut menuduh kalangan pemimpin Umno sebagai “tidak bermaruah dan tidak betul” kerana mencetuskan PRN Johor, sekali gus mahu meminggirkan PAS.

Dalam rakaman video dimuat naik di Facebooknya, Hadi membayangkan PAS berkemungkinan bertindak balas terhadap strategi Umno mencetuskan PRN di negeri kubu kuatnya.

“Kalau ada negeri yang Umno kuat, kita (juga) ada negeri yang PAS kuat, bahkan Bersatu ada Sabah. Kerajaan pusat (juga) didominasi oleh PN.

“Saya nak bagi tahu, Jangan buatlah PRN…kalau nak buat lagi, kita ada strategi (bertindak balas), kita akan buat. PAS ada kekuatan sendiri. PAS ada sejuta ahli. Ahli aktif 800,000,” katanya.

“Kalau Umno nak main strategi, sampai masa, kita juga akan buat strategi,” kata Hadi tanpa memberi butiran lanjut.

Hadi beri amaran kepada Umno, jangan buat PRN lagi, jika tidak...

Ahli Parlimen Marang itu juga mengingatkan bahawa PAS “menyelamatkan” Umno-Barisan Nasional apabila ia tumbang pada pilihan raya lalu namun jasa itu dilupakan.

“Malangnya kita bukan nak ajar itik berenang tetapi (kita) selamatkan itik (yang) patah kaki pada PRU14. Malangnya bila kaki dah sembuh, dia nak berenang sendiri, nak tinggal kita. Jadi itu satu benda yang tidak bermaruah dan tidak betul,” kata Hadi.

Beliau juga berkata, PAS tidak akan “minta sedekah” kerusi daripada Umno untuk bertanding dalam PRN Johor tetapi kesal dengan apa yang didakwanya sebagai tawaran awal Umno.

“Belum ada perbincangan pun. Tetapi mereka nak bagi kita angin. Melaka…beri dua kerusi, Johor nak beri empat. Bukan kita minta sedekah, PAS bukan minta sedekah, PAS ada kekuatan sendiri,” katanya.

Hadi mendakwa strategi Umno mencetuskan PRN Johor dan sebelum ini di Melaka sebagai didalangi oleh pihak yang dikenali sebagai “kluster mahkamah” dalam parti itu.

“Strategi buat PRN negeri-negeri ini bukan strategi yang baik tetapi ia dilakukan, kita tahu yang buat strategi ini adalah ‘kluster mahkamah’, kluster yang kalah pada PRU14, kluster yang tiada jawatan.

“Bukan semua dalam Umno (bersetuju). ‘Kluster mahkamah’ ini…kalau kita ada maruah, lawan di mahkamah jangan susahkan rakyat. (Ini) nak selamatkan diri, susahkan rakyat,” kata beliau.

Kenyataan terbaharu Hadi itu membayangkan hubungan Umno-PAS semakin renggang selepas dua parti itu menubuhkan Muafakat Nasional pada 2019, setelah BN tumbang pada PRU14.

PAS dan Umno turut menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu bawah teraju Muhyiddin Yassin yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum itu.

Namun keakraban Umno-PAS tidak bertahan kerana Umno membantah usaha PAS membawa Bersatu menyertai MN. Bersatu adalah parti serpihan Umno.

BACA JUGA: Bayaran RM2.8 juta diterima Zizie Izette adalah strategi pemasaran, mahkamah diberitahu
Kisah penubuhan Malay National Bank dan Maarof Zakaria
Pfizer dalam proses ujian klinikal vaksin Omicron

CATEGORIES