Hadi Awang selar orang label Ismail Sabri PM lemah, anggap jahil politik

Hadi Awang selar orang label Ismail Sabri PM lemah anggap jahil politik

Hadi Awang selar orang label Ismail Sabri PM lemah, anggap jahil politik. Pihak yang melabel Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri daripada UMNO yang paling lemah, disifatkan sebagai ‘jahil politik’.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan menuduh Ismail Sabri itu tidak tepat memandangkan Ahli Parlimen Bera itu sudah melakukan yang terbaik sepanjang menerajui pentadbiran negara.

Memberi contoh ancaman COVID-19, Ahli Parlimen Marang itu berkata prestasi Ismail Sabri bersama barisan Kabinet cukup baik dalam menangani situasi pandemik, malah berada pada landasan terbaik dalam menangani pelbagai isu dan cabaran yang mendatang.

“Tak betul (tuduh Ismail Sabri Perdana Menteri BN paling lemah)…tak boleh beban atas dia seorang (dan) kena sedar semua Perdana Menteri memerintah secara kolektif dan (bersama) Kabinet.

“Alhamdullilah, (Ismail Sabri) berjaya menangani banyak masalah dalam suasana yang sangat mencabar, COVID-19 belum lagi habis (dan) kita kena sedar, masalah inflasi yang melanda (dialami) seluruh dunia, bukan Malaysia sahaja.

Hadi Awang selar orang label Ismail Sabri PM lemah, anggap jahil politik

“Kita menghadapi masalah itu (dan ia) mencabar…orang (yang) cakap (tuduh Ismail Sabri), orang tak reti, tak tahu…orang yang jahil politik,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilapor melabel Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri daripada UMNO paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya.

Komen Nur Jazlan merujuk status Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang sehingga kini belum diputuskan kerajaan, walaupun Ahli Parlimen Ampang itu sudah lam mengumumkan keluar BERSATU dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, selain cabaran semasa, Ismail Sabri turut memikul bebanan yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Justeru, katanya semua pihak termasuk rakyat perlu memberikan sokongan kepada Perdana Menteri dan barisan Kabinet yang ada hari ini, bagi menyelesaikan isu yang melanda negara ketika ini.

“Alhamdulillah, pencapaian (Ismail Sabri dan barisan Kabinet) baik dalam keadaan yang mencabar. Nak selesai 100 peratus tak boleh, tetapi banyak yang (Ismail Sabri) selesai.

“Beliau (juga) memikul bebanan peninggalan kerajaan dahulu, banyak kerajaan dahulu tinggal (dan) terpaksalah kena baiki balik.

“Kita (termasuk rakyat) kena beri sokongan kepada Perdana Menteri dan Kabinetnya (untuk mereka mentadbir negara),” katanya.

BACA:

Annuar jangka lebih ramai MT Umno akan dipecat selepas Tajuddin

Elfira Loy kongsi video ‘live’ bersalin di hospital, sekali benda lain yang netizen perasan

Tindakan abang lempar adik ke lantai buat netizen tercengang

CATEGORIES