Had pengeluaran lesen memandu kepada warga emas?, Ini penjelasan KPN

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, saranan mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas adalah cadangan peribadi Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Azisman Alias.

Ini kerana, kataya, polis belum membincangkan cadangan itu secara mendalam.

“JSPT sebagai jabatan polis yang terlibat dalam memastikan keselamatan jalan raya sentiasa melihat kepada kaedah-kaedah meningkatkan keselamatan demi kepentingan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Had pengeluaran lesen memandu kepada warga emas?, Ini penjelasan KPN

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Azisman Alias menyarankan kerajaan memperkenalkan sistem penilaian untuk menilai kemampuan warga emas, sebelum membenarkan mereka memperbaharui lesen memandu atau menunggang. 

Beliau berkata, sebarang pengenalan kaedah keselamatan baharu hanya akan dilaksanakan selepas menjalani kajian dan diputuskan pelaksanaannya oleh semua pihak berkepentingan.

Semalam, Azisman dilapor mencadangkan kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas susulan banyak faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya, termasuk kesihatan golongan itu.

Beliau menyarankan kerajaan memperkenalkan sistem penilaian untuk menilai kemampuan warga emas, sebelum membenarkan mereka memperbaharui lesen memandu atau menunggang.

Katanya, cadangan kepada Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Pengangkutan Jalan itu berdasarkan jumlah kes membabitkan warga emas yang ditahan memandu melawan arus dan melakukan kesalahan lain, seperti di lampu isyarat serta persimpangan jalan.

Beliau turut mencadangkan kumpulan perubatan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya menjalankan kajian berhubung kemungkinan memperkenalkan ujian kemampuan atau kognitif untuk pemandu warga emas.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/25/had-pengeluaran-lesen-memandu-warga-emas-hanya-cadangan-peribadi-kata-kpn/

BACA JUGA : Pengerusi PKR Perak umum tanding lawan Peja

COMMENTS

Wordpress (0)