Guru didakwa 32 pertuduhan liwat, cabul 7 pelajar lelaki

Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Teluk Intan, Perak, terhadap 32 pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar tahun lalu.

Mohd Faizal Amir, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Tertuduh adalah guru sebuah sekolah menengah di Tapah dengan tujuh mangsanya remaja lelaki berusia 14 hingga 16 tahun yang juga pelajar sekolah sama.

Guru didakwa 32 pertuduhan liwat, cabul 7 pelajar lelaki

Mohd Faizal Amir, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah warden sekolah antara 28 Julai hingga 28 September tahun lalu. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah warden sekolah berkenaan antara 28 Julai hingga 28 September tahun lalu.

Faizal menghadapi 10 pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi 22 lagi tuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) akta sama, menurut laporan Berita Harian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Cheah Shuh Yuan dan tertuduh diwakili peguam, Muhammad Farid Wajdi Hanif.

Shuh Yuan kemudian memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan, namun Muhammad Farid memohon ikat jamin RM3,000 bagi setiap kes.

Intan Nurul Farena membenarkan lelaki terbabit diikat jamin RM5,000 bagi setiap kes dengan jumlah keseluruhan RM55,000 yang kemudian dibayar oleh tertuduh.

Mahkamah turut mengarahkan guru berkenaan melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan dilarang mendekati semua mangsa sebelum menetapkan 15 November ini untuk serahan dokumen.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/17/guru-mengaku-tak-salah-32-tuduhan-persetubuhan-luar-tabii-terhadap-7-pelajar/

BACA JUGA : Gempar !!! ‘Pengkhianat’ Beijing bongkar cerita sebenar asal-usul Covid-19 di Wuhan