Guna skru pun boleh, lelaki ini kongsi cara cabut wall plug ‘confirm’ jadi punya

Guna skru pun boleh, lelaki ini kongsi cara cabut wall plug ‘confirm’ jadi punya

Pada zaman era moden ini, ramai orang mula mempraktikkan aktiviti ‘Do It Yourself’ atau DIY dalam membaiki atau menambah baik perkakasan dalam rumah.

Pelbagai jenis video tutorial yang dimuat naik dalam media sosial memudahkan lagi kerja-kerja DIY oleh orang ramai.

Guna skru pun boleh, lelaki ini kongsi cara cabut wall plug 'confirm' jadi punya

Malah DIY bukan sahaja boleh dilakukan oleh kaum lelaki, ia juga kini boleh dilakukan oleh kaum wanita.

Dalam melakukan proses DIY seperti menebuk dinding dan memasang rak di dinding, pasti anda pernah mendengar tentang istilah ‘wall plug’.

Masalah akan timbul apabila ubah suai dalam rumah dilakukan dan ‘wall plug’ tadi tertinggal dalam dinding. Pelbagai cara dah dilakukan tapi objek itu masih tidak boleh dikeluarkan.

Jangan risau, perkongsian hari ini akan menulis berkenaan kaedah yang betul bagi mengeluarkan ‘wall plug’ tanpa merosakkan dinding rumah.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok @muhdsyamilnik di akaun miliknya.

Apa itu ‘wall plug’?

Sebelum kita mengetahui bagaimana kaedah mudah tersebut, mari kita ketahui dulu apa itu ‘wall plug’.

Wall plug atau palam dinding digunakan untuk memastikan skru yang dipacu ke dalam dinding batu dapat memberikan cengkaman yang kukuh dan selamat.

Tanpanya, skru tidak akan mencengkam ke dalam batu dan tidak akan memberikan daya mampatan yang mencukupi untuk memastikan penetapan yang kekal.

Kredit Pixabay
Sebelum pemasangan ini, anda perlu memastikan terlebih dahulu saiz palam yang betul untuk dipasangkan dengan skru.

Apabila skru menembusi palam, ia akan memaksa bahagian palam untuk mengembang ke luar dan seterusnya memberikan daya mampatan terhadap batu.

Skru kemudiannya diketatkan sehingga ia telah menembusi sepenuhnya ke dalam palam, di mana ia tidak boleh diketatkan lagi.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Kaedah mudah cabut ‘wall plug’

@muhdsyamilnik Lelaki Pun Kadang2 tak tahu ni. #renovation #diy #repair #maintenance #wallplug #smallbusiness ♬ Angin Kencang – Noh Salleh


Menerusi perkongsian lelaki tersebut, perkara yang diperlukan dalam melakukan kaedah ini ialah saiz skru yang sesuai dan pemutar skru.

Langkah pertama, masukkan skru ke dalam palam dan putar skru tadi sehingga separuh masuk palam berkenaan.

Kemudian, anda hanya perlu menarik palam tadi keluar dengan kuat sehingga ia tercabut.

Selepas palam dicabut, anda kini boleh menampal dinding tadi dengan menggunakan simen atau kapur bagi memastikan dinding sudah tidak berlubang.

Diharap perkongsian ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada pembaca untuk mencabut palam dinding dengan sendiri di rumah.

BACA: Siapa sebenarnya John ni? Ini kisah disebalik nama roti john yang jadi kegemaran rakyat Malaysia