Guna logo PN, tak guna logo sendiri kerana ‘mood’ rakyat, kata Muslimat Pas

Oleh MHDAILY

Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hawa Yaakub percaya keputusan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan rakyat selesa dengan pentadbiran parti gabungan ini di peringkat kerajaan Persekutuan.

Guna logo PN, tak guna logo sendiri kerana 'mood' rakyat, kata Muslimat Pas
Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hawa Yaakub

“Rata-rata rakyat selesa dengan pentadbiran kerajaan PN di peringkat Pusat sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan diteruskan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

“Memandangkan pengundi yang paling ramai ialah mereka yang tidak berparti atau atas pagar, penggunaan lambang PN adalah satu keputusan yang tepat mengambil kira ‘mood’ rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Baca Artikel Penuh