Guna identiti rakan untuk vaksin, lelaki Myanmar ditahan

Oleh MHDAILY

Guna identiti rakan untuk vaksin, lelaki Myanmar ditahan.Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dia disyaki menggunakan identiti individu lain bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas dia hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di Gurney Paragon Mall bagi menerima dos kedua suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga warga Myanmar berusia 44 tahun yang mendakwa identitinya telah digunakan individu lain bagi mendapatkan vaksin berkenaan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Menurut Soffian, perkara itu disedari oleh mangsa pada 6 September lalu ketika hadir di PPV Tapak Pesta Sungai Nibong, untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Lelaki Myanmar ditahan, guna identiti rakan senegara untuk divaksin

β€œMangsa diberitahu oleh petugas di PPV berkenaan bahawa nama dan nombor pasportnya telah didaftarkan di PPV RiVAC Gurney Paragon Mall, George Town, iaitu dos pertama telah diterima pada 20 Ogos lalu manakala dos kedua dijadualkan pada 9 September di PPV sama,” katanya.

Mangsa yang tidak berpuas hati selepas mengesyaki nama dan identitinya digunakan individu lain bertindak membuat laporan di balai polis Sungai Nibong.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Pulau Tikus dengan dibantu petugas keselamatan di PPV RiVAC Gurney Paragon Mall berjaya menahan suspek yang hadir bagi menerima suntikan vaksin COVID-19,” kata Soffian dalam kenyataan pada Jumaat.

“Ketika ditahan, polis turut merampas dokumen yang ditemui pada suspek iaitu i-Kad dan kad pengenalan milik mangsa,” ujarnya.

Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (penipuan) dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Pada masa yang sama, Soffian turut menasihatkan orang ramai agar tidak sesekali menggunakan cara yang menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Tegasnya, masyarakat juga perlu menjaga kerahsiaan maklumat peribadi supaya tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-myanmar-ditahan-guna-identiti-rakan-senegara-untuk-divaksin-319018

BACA:Β Lelaki China tengah gila buat pembedahan plastik untuk kelihatan kacak