GRS perlu sepakat agihan kerusi PRU15

Oleh MHDAILY

Kesepakatan antara parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terutama isu pembahagian kerusi Parlimen memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ronald Kiandee berkata apa sahaja cadangan jumlah kerusi ingin ditandingi yang dikemukakan ketika ini oleh parti komponen GRS hanyalah daripada perspektif parti itu sahaja.

“Ia harus dilihat dalam perbincangan gabungan parti (dalam GRS)… ia merupakan perkara penting yang harus dipertimbang oleh gabungan parti untuk menghadapi PRU15,” katanya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Baca Artikel Penuh