Graf yang ditunjuk Dr Hisham dipertikai…

Saya nak cuba nak memahami dan menjangka implikasi dari kenyataan post DG dan perkaitan dengan geraf-geraf yang dilampirkan. Malangnya apa yang saya harap senang, mudah dan penuh maklumat mengundang lebih banyak pertanyaan.

Jadi bagi mengantikan masa saya ambil breakfast pada waktu pagi dan dah tak leh nak breakfast puasa ini, maka saya menulis posting ini.

Berbalik pada isu di atas. Sila rujuk kenyataan DG beserta geraf-geraf yang di berikan. Contohnya:

CARTA PIE

Seramai 40 pekerja kesihatan (HCW) telah dijangkiti. Tetapi apakah denominator nya dan bila sela masanya. 40/10,000 (40 per 10,000 HCW) tidak seburuk 40/1,000 (40 per 1,000 HCW).

Apa kah yang di maksudkan dgn NONE? tak de status COVID19 atau tak di vaksin? berapa jumlah HCW dan sela masa yang sepatutnya di ambil kira untuk mengira absolute risk dan incidence density?

Adakah data ini dari jumlah keseluruhan 426 HCW yang di vaksin. Jika betul maka kadar jangkitan pada 40/426 iaitu 9.3% adalah sgt tinggi. 9-10 kali ganda dari kajian di USA (sila rujuk https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMc2101927 di mana dinyatakan ” … absolute risk of testing positive for SARS-CoV-2 after vaccination was 1.19% among health care workers at UCSD and 0.97% among those at UCLA”)

Apakah a) jumlah, b) absolute risk (risiko penuh), c) incidence density rate (kadar insidens densiti) selepas 1 vaksin, selepas 2 vaksin, antara 1-2 vaksin?
CARTA STACKED-BAR

Adakah pada paksi x itu sebagai date of reporting? Atau date of notification? atau date of positive test?

berapa kah jumlah vaksinasi kepada HCW sepanjang tempoh tersebut?

berapa jumlah HCW (dah vaksin + belum vaksin) pada setiap masa tersebut

Komen tambahan:

Saya merasakan ada 2 hipotesis kemungkinan denominator tidak dimasukkan. Hipotesis i) kerana KKM pun tidak ada/tidak tahu jumlah HCW yang di beri vaksin secara tepat? ii) KKM tidak ingin memberitahu kepada org awam jumlah HCW yang telah di vaksin (kita mungkin berhak nak tahu jumlah tersebut tp KKM mungkin rasa mereka berhak tak nak bagitau)

Dengan hanya memberi angka absolute maka bagi saya segala nombor dan geraf yang DG telah berikan hampir tidak berguna langsung untuk memberi i) menilai risiko dijangkiti COVID-19 selepas di beri vaksin, ii) trend jangkitan COVID_19 selepas program vaksinasi kepada frontliners sudah bermula, iii) memberi panduan kepada pembuat polisi bagi tujuan planning HCW selepas mereka di beri vaksin.

Nombor yang di beri boleh memberi rasa ketakutan yang tidak diperlukan bagi populasi HCW dan

Kesan yang lebih teruk kepada orang awam yang membaca posting DG dan menyangka kalau pun dah dpt vaksin, masih ‘tinggi’ peluang nak kena covid-19 lagi

Kegilaan menggunakan carta pie oleh KKM (kementerian lain pun sama) walhal hampir langsung tak de menafaat menggunakan carta pie. Pendapat muktabar para statisticians adalah carta pie adalah mengarut. Boleh rujuk https://www.businessinsider.com/pie-charts-are-the-worst… dan mungkin satu kegunaannya boleh rujuk di sini https://simplystatistics.org/…/i-give-up-i-am…/ (kalau ada peminat R, anda pasti suka link ini). Dah berbuih mulut saya memesan pada pelajar supaya lupakan carta pie

Pengunaan carta bar untuk data time-series (data yang ada tarikh) bagi menunjukkan tren. Sila rujuk pada carta bar tersebut dan apa yang anda belajar dari carta bar tersebut. TIADA. Anda hanya akan ambil masa 2 saat dan anda give up kerana tiada langsung yang anda dapat belajar dari carta bar tersebut. Rujuk https://eagereyes.org/techniques/stacked-bars-are-the-worst

Pada saya dapatan sebegini yang penting dan di share pulak oleh DG sbg “ketua perkhidmatan perubatan dan kesihatan” (betul ke saya ckp gini) perlu di hasilkan oleh sekumpulan pakar yang betul dan terlatih.

Persoalannya, di mana pakar yang terlatih dalam menasihati DG yang kita sanjungi ini. Di mana pakar-pakar kesihatan awam yang di hasilkan saban tahun dari program DrPH di universiti-universiti utama negara. Adakah mereka di pinggirkan? Bukan kah mereka yang menghuni dan mengetahui tempat-tempat yang strategik contohnya untuk mengeluarkan dapatan seperti ini dan diserah kpd DG.

No photo description available.

Tp kalau lah graduan DrPH yang buat carta-carta ini, maka saya mohon mereka masuk balik program DrPH.

Cukup-cukuplah menggunakan MS Excel untuk analisa yang penting sebegini. Kalau data sendiri yang kecil , atau utk assignment masa kelas undergrad atau data yang di isi bawah pokok, boleh lah. Tp utk data sebegini, janganlah. Malu tau

Saya mohon maaf atas kekhilafan saya jika ada kesilapan di mana-mana pada posting. Bila time hati geram macam ini, oksigen kurang sampai ke otak -> lagi byk saya buat salah.

Sumber: