GPS kekal sokong Muhyiddin – Fadillah

GPS kekal sokong Muhyiddin Fadillah

GPS kekal sokong Muhyiddin – Fadillah. Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendiriannya untuk membentuk kerajaan dan akan terus menyokong Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, menurut laporan.

Sin Chew Daily memetik Fadillah Yusof sebagai berkata, GPS juga telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri.

Fadillah, naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), mengetuai delegasi pemimpin GPS di Istana Negara pagi ini.

Beliau mengesahkan hanya empat pemimpin gabungan menghadap Agong, termasuk Alexander Nanta Linggi, Richard Riot Jaem dan Tiong King Sing, selain dirinya.

GPS kekal sokong Muhyiddin - Fadillah

BACA:

Puad Zakarshi dedah perangai sebenar Annuar Musa, dakwa manusia hipokrit

Nad Zainal dikejarkan ke ICU, Ungku Ismail dedah keadaan terkini

Senarai Exco Kerajaan Perak – DAP 4, Umno 3

CATEGORIES