Gout bukan hanya berpunca dari makanan laut, doktor ini jelaskan mengapa…

Gout bukan hanya berpunca dari makanan laut, doktor ini jelaskan mengapa. Dulu-dulu ada antara kita sering mengalami serangan penyakit gout atau sakit sendi sebagai penyakit orang kaya akibat makan makanan berprotein dan makanan laut yang sememangnya mengandungi asid urik yang tinggi.

Pun begitu, hakikatnya penyakit gout boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Menurut perkongsian Dr Erna Nadia, disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Biasanya uric acid ni dia keluar melalui air kencing kita sahaja setelah diproses oleh buah pinggang.

Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Biasanya uric acid ni dia keluar melalui air kencing kita sahaja setelah diproses oleh buah pinggang.

Gout bukan hanya berpunca dari makanan laut, doktor ini jelaskan mengapa...

Adakah penyebab gout?

Pemakanan
– Makanan yang tinggi purine seperti makan berdaging merah, organ dalaman seperti hati, limpa, makanan laut seperti udang, kerang, minuman yang mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi ( fruit sugar) dan minuman beralkohol.

Berat badan yang berlebihan dan obesiti
– lebih berat badan akan menyebabkan buah pinggang susah untuk mengeluarkan asid urik dari badan.

Sesetengah penyakit kronik
– penyakit darah tinggi/kencing manis yang tidak terkawal atau tidak dirawat dengan betul, masalah buah pinggang, masalah jantung dan masalah lain yang tidak dirawat dengan betul sebab buah pinggang terjejas jadi susah nak kumpulkan asid urik.

Keturunan
Lelaki lebih berisiko mendapat gout pada usia muda (30-50 tahun).

Wanita akan berisiko sama seperti lelaki selepas mereka menopos.

Gout bukan hanya berpunca dari makanan laut, doktor ini jelaskan mengapa...

Sesetengah ubatan
– ada beberapa ubat darah tinggi yang boleh sebabkan tinggi uric acid. Sebab itu perlu dipantau bila dah mula kena makan ubat.

Baru lepas pembedahan atau kemalangan.
– ada sesetengah keadaan yang akan trigger uric acid jadi tinggi.

Asid urik yang berlebihan ini apabila dah tak dapat nak disingkirkan keluar dari badan melalui air kencing, ianya akan berkumpul di tempat-tempat tertentu seperti terutamanya di kaki dahulu sebelum melarat ke tempat lain.

Asid urik yang tinggi tu akan membentuk kristal sebab tu orang yang kena gout attack akan rasa sakit sangat. Sendi tu jadi bengkak, merah, sedikit panas dan sakit apabila disentuh atau tersentuh.

Jangan salahkan keturunan.

Jika sudah tahu adalah sejarah gout dalam keluarga, ambil langkah berjaga-jaga tambahan.

Jaga makan.

Jaga minum.

Sayangi buah pinggang anda.

Dr Erna Nadia

Yang pahit itu ubat, yang manis itu harus disukat

Baca Juga : Mawar bangkit isu anak ditinggalkan seorang diri, Fizo Omar akhirnya dedah apa berlaku
Ada lagi yang lebih buruk selepas Omicron, dunia perlu bersedia
Sticker RFID sepatutnya diberikan secara percuma, ini sebabnya…