Giliran Anas ‘FoodPanda’ pula bantu orang yang memerlukan

Giliran Anas ‘FoodPanda’ pula bantu orang yang memerlukan

Walaupun Shah dan Siti sudah dapat tawaran kerja tapi oleh sebab lockdown dan gaji belum masuk, Anas Food Panda (yang saya beri sumbangan motor hari itu) telah membelanjakan duit sendiri membeli sedikit barang keperluan untuk mereka.

Dia belikan barang-barang dapur cukup untuk sebulan, bekalan pelitup muka, malah bantu isikan minyak motor dan memberi sedikit duit untuk disimpan.

Anas ,kata kat saya, “Sebab rezeki mendapat motor baru ari tu, Anas kini mampu jaga diri walaupun jauh di perantauan. Oleh itu, Anas nak ikut cakap YB, bantu orang lain bila mampu. Tambahan pula, mereka semua asal Kelantan, kita semua senasib, datang mencari rezeki jauh dari kampung.”

Terima kasih Anas. Saya berasa amat terharu, dan paling penting, bangga.

Sumber: