Geram tak jawab panggilan, penghantar barang tutup suis utama elektrik

Geram tak jawab panggilan penghantar barang tutup suis utama elektrik

Geram tak jawab panggilan, penghantar barang tutup suis utama elektrik. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang penghantar barang yang berani menutup suis bekalan elektrik rumah pelanggannya, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @rifqioooo.

Ia memaparkan seorang penghantar barang berdiri di hadapan rumah pelanggan untuk menyerahkan bungkusan.

Dia berulang kali memanggil penghuni rumah tetapi tidak dibalas kerana bunyi muzik dangdut dipasang dengan kuat.

Oleh kerana tidak mahu menunggu, penghantar barang itu mematikan suis bekalan elektrik rumah tersebut.

Geram tak jawab panggilan, penghantar barang tutup suis utama elektrik

Bunyi muzik dangdut yang kuat itu terhenti secara tiba-tiba dan akhirnya, penghuni rumah menjawab panggilannya dan bungkusan itu berjaya dihantar.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sama, rumah saya pun pernah dilakukan sedemikian oleh penghantar barang,” tulis seorang netizen.

“Bukan mangsa pertama ni, lagipun abang tu dah tak gementar, sudah biasa,” komen netizen lain.

BACA:

Hadi Awang selar orang label Ismail Sabri PM lemah, anggap jahil politik

Ismail Sabri sah tidak hadir mesyuarat MT Umno semalam

Annuar jangka lebih ramai MT Umno akan dipecat selepas Tajuddin

CATEGORIES