Gempar !!! WHO dedah dos penggalak adalah satu ‘skandal’

Oleh MHDAILY

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 adalah satu ‘skandal’ kerana masih ramai penduduk negara miskin masih menunggu suntikan pertama.

Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO berkata beliau akan terus menekankan perkara itu kerana setiap hari, enam kali ganda suntikan vaksin penggalak diberi di seluruh dunia berbanding dos utama di negara berpendapatan rendah.

“Adalah tidak masuk akal menyuntik dos penggalak kepada individu dewasa yang sihat atau kanak-kanak, ketika masih ada kumpulan petugas kesihatan, golongan tua di seluruh dunia menunggu dos pertama vaksin mereka.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻
WHO dedah dos penggalak adalah satu ‘skandal’
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. – Foto AFP

“Mungkin kita boleh beri pengecualian kepada individu yang mengalami masalah gangguan imun untuk mendapatkan dos penggalak tetapi secara umum, pemberian dos pertama harus diutamakan,” katanya.

Hampir dua juta kes COVID-19 dilaporkan di Eropah minggu lalu, tertinggi dalam tempoh seminggu di wilayah terbabit sejak wabak coronavirus mula dikesan pada akhir 2019.

Dalam tempoh seminggu lalu juga, hampir 27,000 kematian dilaporkan di Eropah, iaitu lebih separuh daripada semua kematian COVID-19 di seluruh dunia.

Fakta terbabit menarik perhatian kerana ketika kes COVID-19 meningkat di negara dengan kadar vaksinasi lebih rendah di Eropah Timur, negara kaya dengan kadar vaksinasi tertinggi di Eropah Barat turut menyaksikan peningkatan ketara kes.

WHO menegaskan vaksin tidak menggantikan keperluan mematuhi langkah pencegahan COVID-19 yang lain.

Agensi kesihatan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut menekankan bahawa program inokulasi bukanlah mengenai berapa ramai orang yang diberi vaksin tetapi siapa yang diberi vaksin.

Ketika taklimat mingguannya, Tedros berkata pengagihan vaksin WHO melalui COVAX sudah menghantar lebih 500 juta vaksin ke 144 negara dan wilayah.

Katanya, ia sekali gus mencapai sasaran WHO untuk memberikan pelalian COVID-19 terhadap 40 peratus penduduk di setiap negara menjelang akhir tahun ini dan memerlukan tambahan 550 juta dos lagi.

WHO berharap dapat mengadakan mesyuarat dalam masa kira-kira dua minggu lagi berhubung garis panduan untuk pil antiviral COVID-19, kata seorang pegawai di agensi itu.

Pada masa sama, Penolong Ketua Pengarah WHO, Mariangela Simao, berkata perbincangan juga sedang dijalankan mengenai kemungkinan penyenaraian penggunaan kecemasan vaksin Sputnik V COVID-19 yang dihasilkan Russia.

BACA JUGA : ‘Joe Ferrari’ berdepan hukuman mati, bunuh suspek dalam siasatan
Anak trauma masuk penjara, ini tindakan yang diambil Shah Rukh Khan