Gempar !!! Umno akan singkir pimpinan “kluster mahkamah”?

Oleh MHDAILY

Tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Isnin atau dirancang diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai masa depan pemimpin parti yang terlibat kes mahkamah.

Demikian tegas seorang pemimpin UMNO ketika dihubungi Sinar Harian susulan maklumat mengatakan ahli MKT akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan nasib pemimpin ‘kluster mahkamah’ termasuk mengetepikan mereka yang kini dianggap sebagai liabiliti kepada parti.

“Setahu saya, kalau (mesyuarat atau perjumpaan) secara rasmi memang tidak ada. Kalau ada sebarang mesyuarat rasmi kami akan sertai.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Jujur saya tiada maklumat. Tetapi kalau bertemu secara rahsia, itu di luar pengetahuan,” katanya pada Isnin.Sementara itu, seorang lagi pemimpin UMNO ketika diajukan soalan sama turut menafikan wujud perjumpaan atau mesyuarat melibatkan MKT UMNO kerana beliau tidak dijemput, malah tiada sebarang perancangan untuk diadakan.

“Ini cakap-cakap kosong yang mahu melaga-lagakan pemimpin parti. Mungkin kumpulan ini marah dan bimbang kebangkitan UMNO selepas Barisan Nasional (BN) memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya.

Kebelakangan ini, UMNO sering dikaitkan dengan ‘kluster mahkamah’ membabitkan pimpinan utama parti itu yang menghadapi kes mahkamah.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan misalnya sudah didapati bersalah di mahkamah dalam skandal SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu turut dikaitkan dengan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dibicarakan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dikaitkan dengan kesalahan jenayah berhubung penyelewengan duit Yayasan Akalbudi. Setiausaha Agung UMNO dan BN, Datuk Seri Ahmad Maslan pula didakwa menerima dana daripada Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sementara Ahli Parlimen Putrajaya daripada UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula didapati bersalah menerima rasuah RM2 juta, Disember lalu.

Dalam pada itu, Najib dalam kenyataannya di laman Facebook pada Ahad mendakwa terdapat bekas pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan penyelewengan ‘dibebaskan’ selepas menyertai Bersatu.

Najib memberi contoh bekas pemimpin UMNO seperti Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/127535/BERITA/Politik/Tiada-gerakan-singkir-kluster-mahkamah