Gempar !!! Tular dakwaan Najib masuk ICU setelah divaksin….

Oleh MHDAILY

Bekas perdana menteri Najib Razak secara berseloroh menepis dakwaan beliau sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan berkata, beliau tidak menjelma menjadi “Wolverine” – watak adiwira Marvel Comics – selepas disuntik vaksin Covid-19 dua bulan lalu.

Ketika menceritakan kehidupannya selepas divaksin di Facebook Najib berkata, beliau menjalani kegiatan harian seperti biasa, malah bersenam dan “bermain” FB tanpa masalah.

“Saya bernasib baik sudah terima vaksin dua bulan lalu tetapi saya tahu ada pihak yang sebarkan macam-macam berita kononnya saya mengalami masalah selepas divaksin,” katanya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Bekas presiden Umno itu juga cuba meyakinkan pembacanya bahawa tiada mikrocip disuntik ke dalam badannya.

Dalam pada itu, Najib kecewa kerana pendaftaran vaksin masih rendah dan memperlahankan sasaran negara mencapai imuniti kelompok.

“Yang dah daftar ketika ini hanya 13 juta sahaja, sedangkan rakyat Malaysia ada lebih 30 juta. Ini bermaksud 17 juta tak daftar diri atau sekurang-kurangnya 8 juta penduduk perlu mendaftar untuk negara capai imuniti kelompok,” katanya.

“Nampaknya jauh lagi kita dari sasaran ini. Kita sudah kesuntukan masa dan berada pada tahap kritikal,” katanya sekali gus menyeru semua individu berusia 18 tahun ke atas segera mendaftar untuk divaksin.

Dalam pada itu Najib menggesa kerajaan supaya mempergiat usaha memberikan suntikan vaksin kepada rakyat, memandangkan hanya 3 juta penduduk telah menerima dos pertama vaksin tersebut.

“Kadar vaksinasi wajar ditingkatkan, jika tidak kita akan lihat jangkitan berterusan dan tambahan kluster serta lebih banyak kehilangan nyawa, malah ekonomi juga terus terjejas,” katanya.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/15/saya-tak-jelma-jadi-wolverine-najib-tepis-dakwaan-masuk-icu-selepas-vaksin/