Gempar !!! TMJ ingatkan Peja jangan tukar cerita isu padang Bukit Jalil, ramai saksi

Oleh MHDAILY

TMJ ingatkan Peja jangan tukar cerita isu padang Bukit Jalil, ramai saksi.Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dakwaan beliau salah tafsir mengenai kos RM10 juta bagi baik pulih padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ia susulan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan jumlah itu bukan hanya untuk SNBJ, tetapi bagi kebanyakan padang stadium yang memerlukan baik pulih atau penambahbaikan di seluruh negara.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi satu komen pada akaun Instagram, malayantigerfans, menjelaskan ramai saksi ketika pertemuannya dengan Ahmad Faizal yang ketika itu memaklumkan kos untuk baik pulih padang stadium berjumlah RM10 juta.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
SAMBUNGAN ARTIKEL ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป

“Saya ada ramai saksi malam itu beliau cakap 10 juta, apabila saya tanya berapa bajet buat padang SNBJ. Jadi, jangan tukar cerita,” tulisnya.

 TMJ

Sebelum ini, TMJ mempersoalkan kos RM10 juta yang diperlukan untuk membuat padang baharu di SNBJ.

Katanya, kos itu terlalu tinggi kerana beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, perparitan, tanah dan pelbagai lagi.

Namun, kelmarin, Ahmad Faizal Azumu menafikan kos membuat padang baharu di SNBJ membabitkan belanja RM10 juta, sebaliknya menjelaskan ia turut merangkumi kos membaikpulih padang di seluruh negara.

BACA:ย Panas !!! Calon Presiden Perancis mahu haramkan nama Muslim
BACA:ย Gempar !!! 38 kes varian Delta dan Beta dikesan di Kelantan, penduduk diminta waspada

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/09/865009/tmj-nafi-salah-tafsir-isu-padang-snbj

BACA:ย โ€œZaman Zulkifli jadi Menteri Agama apa hasil pun tak nampakโ€