Gempar !!! Sokongan terhadap PM makin goyah susulan pelantikan Muhyiddin

Sokongan terhadap PM makin goyah susulan pelantikan Muhyiddin.Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang bertaraf menteri dikhuatiri menggoyah sokongan beberapa parti yang membentuk kerajaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, agak janggal untuk seseorang yang dikritik hebat dan dijatuhkan atas alasan ‘gagal’ menangani pandemik tetapi kembali dilantik menguruskan kegagalan yang beliau sendiri cipta.

“Terkejut tengok laporan media, Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf ‘menteri’.

“Jelas pelantikan ini boleh menggoyah sokongan beberapa parti yang membentuk kerajaan yang pada masa yang sama menobatkan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Kesembilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mempersoalkan pelantikan tersebut yang dibimbangi mempunyai percaturan tertentu.

Sokongan

“Mungkin ini adalah pelaksanaan percaturan politik yang tertangguh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, langkah itu juga secara dasarnya akan kembali mengocak situasi politik yang ketika ini telah tenang.

“Sedih dan kecewa, itulah yang saya dapat gambarkan, membuktikan secara terang bahawa Ismail Sabri memang ada percaturan politik yang mungkin parti sendiri tidak tahu,” katanya.

Tambah beliau, pada ketika ini rakyat dan ahli parti bijak menilai setiap tindak tanduk pemimpin negara.

“Kalau sebelum ini, ada ura-ura mahu dilantik bekas Perdana Menteri kelapan itu sebagai menteri mentor, mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, mungkin ini adalah gerakan dibalik tabir untuk menghalalkan “percaturan’ yang tertangguh.

“Nasihat ikhlas saya kepada Perdana Menteri, jangan tersalah langkah kerana anda mewarisi sebuah kerajaan yang rapuh, jangan terbawa dan terbuai dengan membuat perjanjian dan komitmen dengan kelompok yang gila kuasa dan mahu menyelamatkan kedudukan,” katanya.

Berita Penuh : https://utusan.news/berita/2021/09/pelantikan-muhyiddin-dipersoal/

BACA: Lebih baik Ismail Sabri cari Peguam Negara yang baru