Gempar !!! Selepas 2 hari suntik vaksin, seorang lelaki disahkan meninggal..ini penjelasan pihak berkuasa

Seorang lelaki berusia 63 tahun di Hong Kong meninggal dua hari setelah menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Jabatan Kesihatan dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa kesihatan itu berkata masih belum pasti apakah ada kaitan langsung antara kematian lelaki itu dengan suntikan vaksin koronavirus yang diterimanya.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah beberapa media melaporkan seorang lelaki berusia 63 tahun, yang dikatakan menerima suntikan vaksin Sinovac dari China pada 26 Februari, meninggal dunia dua hari selepas itu.

Jabatan Kesihatan Hong Kong berkata lelaki itu mengalami kesukaran bernafas akut dan meninggal dunia pada 28 Februari.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan HK tidak menyatakan vaksin jenama apa yang diterima lelaki itu.

Ia mengatakan pihaknya telah menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan maklumat dan penilaian lebih lanjut. Pihak berkuasa tidak segera menanggapi permintaan Reuters untuk memberikan maklum balas.

Pihak berkuasa kesihatan global telah memuji perkembangan vaksin Covid yang selamat dan berkesan tetapi telah memberi amaran terhadap orang yang mempunyai keadaan kesihatan yang serius untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu.

Berita penuh :https://m.malaysiakini.com/news/565048

COMMENTS

Wordpress (0)