Gempar !!! Sarawak umum tarik diri dari kerajaan dalam masa terdekat?

Gempar !!! Sarawak umum tarik diri dari kerajaan dalam masa terdekat?

Kerajaan Sarawak akan membuat keputusan mengenai hubungan negeri itu dengan kerajaan Persekutuan tidak lama lagi, kata Ketua Menteri Abang Johari Openg semalam.

Tanpa menjelaskan secara terperinci tentang keputusan itu, dia memberikan bayangan ia berkaitan dengan tuntutan negeri itu bagi mendapatkan kembali haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“(Usaha mendapatkan kembali hak Sarawak di bawah) MA63 masih kita laksanakan dan diperjuangkan dan saya yakin bahawa tidak lama lagi kita akan membuat keputusan (mengenai) perhubungan negeri kita dalam Persekutuan Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Kompleks Sukan Lubok Antu.

Menurutnya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpinnya dan dianggotai empat parti tempatan yang membentuk kerajaan negeri masih kekal sebagai rakan kepada Perikatan Nasional (PN) bagi membantu membentuk kerajaan Persekutuan, tetapi tidak sebagai ahli PN.

“GPS hanya sebagai rakan dan bukan ahli PN. Dasar kita (GPS) lebih berautonomi, bebas dalam kita membangunkan negeri kita kerana ia sesuai dengan kehendak (rakyat) negeri kita,” katanya yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), salah sebuah parti dalam GPS.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas majlis itu, Abang Johari enggan mengulas lanjut berhubung kenyataannya berkenaan keputusan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.

Selain PBB, parti lain dalam GPS yang ditubuhkan pada Jun 2018 adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Terdahulu, Abang Johari tiba di Lubok Antu kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki sebuah helikopter dari bandar raya Kuching, kira-kira 260km dari situ, bagi mendengar taklimat daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Lubok Antu merupakan sebuah daerah yang bersempadanan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

Seterusnya dia dibawa melihat Projek Rakyat Tebingan Sungai Lubok Antu sebelum menghadiri program bersama rakyat di kompleks sukan tersebut.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/568824