Gempar !!! Saifuddin buka cerita mengapa Xavier berpaling tadah…

Oleh MHDAILY

Keputusan yang diumum YB Datuk Dr Xavier Jayakumar pagi ini terjadi dengan latarbelakang kenyataan saya beberapa minggu lepas bahawa ujudnya usaha tersusun oleh kerajaan minoriti untuk menarik sokongan ahli-ahli parlimen pembangkang dengan cara umpan dan ugutan menggunakan PDRM, LHDN dan SPRM.

Dr Xavier baru-baru ini telah bertemu pimpinan KEADILAN memaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikan beliau sasaran siasatan setelah SPRM sebelumnya menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalan beliau berkait satu kes yang sedang berjalan.

Dr Xavier kemudiannya dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan beliau perlu menyokong Perikatan Nasional atau hadapi akibat yang serius.

Baca Artikel Penuh