Gempar !!! Pilihanraya mengejut dijangka oktober?

peruntukan

Pilihanraya mengejut ? Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berpendapat pembukaan persidangan Parlimen tidak akan berlaku walaupun Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan agar berbuat demikian secepat mungkin.

Timbalan Presiden AMANAH berkenaan berkata, sebaliknya pilihan raya mengejut bakal berlangsung kira-kira empat bulan lagi.

Beliau turut menyifatkan pembentukan jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang untuk meneliti aspek penting sebelum sidang Parlimen diadakan sebagai mempunyai helah.

“YDPA (Yang di-Pertuan Agong) dah titah buka segera Parlimen. Keluar pula kenyataan balas bulan September.

“Mr PM pula nak tubuh Jawatankuasa kaji pembukaan Parlimen. Saya rasa ada muslihat ni.

“Firasat saya Parlimen tak akan dibuka. Pilihan raya mengejut akan berlaku sekitar bulan Oktober tahun ini,” katanya menerusi Twitter.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin, berkata pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa yang dibentuk.

“Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Mahiaddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam perutusan Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkenaan berkata, pembukaan semula sidang Parlimen berupaya dilakukan menjelang fasa ketiga pelan tersebut mengambil kira beberapa keadaan antaranya penurunan purata kes harian Covid-19 sehingga bawah 2,000 kes.

Mahiaddin dan Kabinet kerajaan PN berdepan kecaman pelbagai pihak yang menggesa supaya Parlimen kembali dibuka selepas kali terakhir Dewan Rakyat bersidang selama 29 hari hingga 17 Disember tahun lalu.

Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan terbaharu menerusi Jawatankuasa Perundangan menegaskan keengganan Mahiaddin dan Kabinet untuk memanggil sidang Parlimen dalam kadar segera seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu merupakan satu salah guna kuasa.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berpendapat Yang di-Pertuan Agong boleh memilih kerajaan baharu atau pemerintahan negara diketuai tentera jika titah Seri Paduka berhubung persidangan Parlimen tidak dilaksanakan segera.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/salahuddin-jangka-parlimen-tidak-akan-dibuka-pilihan-raya-mengejut-oktober/

COMMENTS

Wordpress (0)