Penyokong fanatik Pas Kelantan doa agar Pas tumbang

Oleh MHDAILY

Semalam seorang kawan dari Kelantan telefon bertanya khabar dan bercerita perihal politik Kelantan. Dia merupakan seorang penyokng Pas kuat di daerahnya satu masa dahulu dan boleh dikatakan fanatik.

Sebut sahaja namanya orang didaerah berkenaan kenal yang dia adalah penyokong Pas berkarat hijau. Dia juga kenal dan baik dengan hampir semua pemimpin Pas Kelantan, malahan ada pemimpin utama Pas Kelantan ini banyak menerima bantuan daripadanya.

Sebut dimana sahaja ada ceramah besar Pas atau pilihan raya kecil disertai Pas dia akan ikut sama hatta di Sabah dan Sarawak. Di kuliah minggu arwah Tokguru Nik Aziz di Jalan Ilmu Kota Bharu dia tidak mis sekalipun, kecuali demam tak boleh nak bangun. Di rumahnya bertimbun gambar dan kaset rakaman ceramah Tokguru yang dirakamnya.

kelantan

Baca Artikel Penuh