Gempar !!! Pemimpin Umno dakwa wujud ‘Langkah Seri Pacific’ pula

Oleh MHDAILY

Selepas “Langkah Sheraton” berjaya menubuhkan kerajaan “tebuk atap” kini muncul pula “Langkah Seri Pacific” yang menyasarkan pemimpin Umno, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Puad Zarkashi.

Beliau mendakwa gerakan itu melibatkan orang luar parti dengan dibantu “musuh dalam selimut” Umno.

Semalam, Puad mendedahkan berlaku satu pertemuan antara tiga Ahli Parlimen Umno di hotel bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn selepas sidang media Presiden Ahmad Zahid Hamidi pada petang Selasa lalu.

Baca Artikel Penuh