Gempar !!! Pemecatan Maszlee dahulu kerana ‘kacau’ projek 1BestariNet, tidak disukai Muhyiddin

Pemecatan Maszlee dahulu kerana ‘kacau’ projek 1BestariNet, tidak disukai Muhyiddin.Presiden Parti Bersatu Marah Tamatkan Kontrak 1BestariiNet Punca Dr Maszlee Diminta Menyerahkan Balik Jawatan Menteri Pendidikan!

Seperti orang lain, saya juga tertanya-tanya apakah sebab Tun Mahathir mengarahkan Dr Maszlee menyerah balik jawatan Menteri Pendidikan? Sedangkan, secara am, ramai penganalisis dan netizen menilainya cemerlang terutama dari segi idea-idea baru dan model transformasi pendidikan yang praktikal yang beliau utarakan dan sebahagian telah diusahakan dalam tempoh yang singkat.

Saya mencari jawapannya dalam dalam buku terbaru Dr Maszlee Malik, “Memori Bukan Memoir”. Seperti yang diduga, beliau hilang jawatan kerana menyentuh kroni. Nampaknya, KRONI – PROJEK MEGA berpisah tiada, apatah lagi jika memimpin sektor awam yang menjadi lubuk emas.

Bagai cacing kepanasan dek matahari bila kroni dijentik. Membangunkan sektor awam yang bermaruah dan rakyat “driven” tetap cabaran besar bagi Malaysia walau sudah 64 tahun merdeka.

Saya seru kepada rakyat Malaysia, sempena bulan kemerdekaan, mari kita terus beri sokongan padu kepada anak-anak Malaysia yang membawa politik nilai dan integriti, tidak kira siapapun mereka.

Maszlee

Sebaliknya, bersama kita humbangkan ahli politik yang tidak setia kepada ibu pertiwi, pengamal dan penyokong rasuah dalam apa bentuk pun, menjadi mata rantai kepada amalan kronisme dari zaman ke zaman, tanpa rasa insaf. Tidak kira mereka berada di belah politik yang mana, kita tolak pengamal politik toksik ini.

Dalam buku “Memori Bukan Memoir” bab “1BestariNet dan KPM, Apakah yang Berlaku?” antara lain Dr Maszlee mendedahkan:

“Saya sering ditanyakan apakah permintaan PM ke-7 untuk saya memulangkan jawatan saya kepada beliau adalah disebabkan oleh isu 1BestariNet, atau lebih khusus kontrak YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) dengan KPM yang penuh kontroversi”.

“Saya tidak boleh mengatakan hal ini satu-satunya sebab namun boleh saya katakan hal

ini merupakan antara sebab mengapa Perdana Menteri (PM) meminta saya berbuat demikian, dan menurut beliau, atas permintaan Presiden Parti Bersatu ketika itu”.
“Sebanyak lima kali saya telah dipanggil oleh PM pada ketika itu untuk bertemu beliau di pejabatnya untuk berbincang isu ini. Malah saya juga telah hadir sebanyak dua kali dengan pimpinan tertinggi KPM untuk menerangkan kepada beliau perihal keputusan yang dibut oleh KPM”.

“Dalam mesyuarat terakhir bersama beliau, saya ingat lagi, beliau mengatakan, “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini.”, tidak lama selepas itu saya menerima kiriman e-mel daripada beliau yang meminta saya memulangkan jawatan yang diamanahkan kepada saya pada Jun 2018 kepada beliau semula”.

“Apa yang penting, umum ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dengan 1 BestariNet dan KPM. Perkara yang saya akan bentangkan dalam artikel ini bukan sesuatu yang sulit. Ia merupakan fakta yang diketahui oleh kebanyakan warga KPM, pernah didedahkan oleh media tetapi tidak disensasikan seperti isu kasut hitam dan jawi, walaupun pihak KPM telah menyerahkan kepada media terutamanya, dalam bentuk jawapan-jawapan oleh KSU KPM pada ketika itu”.

“Kontrak mega jangka masa panjang untuk membekalkan internet ke sekolah-sekolah di bawah KPM ini telah menjadi tajuk penuh kontroversi sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. Berkali-kali isu ini dibawa ke Parlimen oleh pihak pembangkang.

“Dalam kalangan guru pula, ia sering dikritik kerana bekalan internet yang dimonopoli oleh sebuah syarikat ini lembap, tidak memuaskan dan membebankan para guru”.

“Sebagai seorang yang menggalas amanah berdasarkan sumpah setia yang telah diucapkan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ketika pelantikan sebagai anggota kabinet, saya tekad untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negara mendahului kepentingan mana-mana pihak mahupun individu.

“Keputusan KPM ialah keputusan profesional berteraskan fakta, hujah dan perundangan. Saya yakin dengan bayaran yang terlalu mahal yang akan saya hadapi dengan prinsip dan keputusan ini. Ia ujian kecil atas pengorbanan saya semenjak hari pertama lagi saya membuat keputusan untuk terlibat dengan politik”.

Demikian beberapa petikan daripada bab “1BestariNet dan KPM, Apakah yang Berlaku?”. Syabas Dr Maszlee. Satu pendedahan yang berani dan berasaskan prinsip. Rumusan awal yang saya boleh buat adalah:

1. Pertarungan antara kepentingan rakyat dan kroni adalah real di Malaysia. Seringkali ia memenangkan kroni walaupun oleh ahli politik yang sering menjual, “rakyat diutamakan”. Memerdekakan tanah daripada penjajah sudah selesai. Namun memerdekakan jiwa kita daripada keburukan dan penghalang kecemerlangannya, termasuk rasuah, kronisme, perkauman sempit dan ketidakeadilan sosial adalah cabaran paling kritikal bagi Malaysia hari ini.

2. Seperti ditulis Dr Maszlee, apa yang terjadi dalam 1BestariNet diketahui oleh warga KPM. Namun urus tadbir baik tidak hanya boleh ditegakkan oleh pegawai awam sahaja. Tetapi, ia memerlukan sokongan “political will” daripada PM dan jamaah Menteri yang benar-benar berintegriti dan kompeten. Sebab itulah, Islam mensyaratakn sifat al-Amin (amanah) dan qawi (kompeten) untuk calon pemimpin.

3. Masyarakat perlu berhati-hati dengan fitnah media kerana media mungkin memiliki maklumat daripada sumber sah seperti daripada KSU, tetapi menyusun atur isu mana yang perlu dibuat liputan adalah wewenang para editor. Ia terletak kepada integriti, iman, pengaruh politik dan kepentingan pengamal media.

4. Membaca buku “Memori bukan Memoir” Dr Maszlee, pada hemat saya, beliau adalah anak Malaysia daripada generasi muda yang memiliki banyak idea yang baru, keupayaan memahami, menganalisis dan membuat sintesis (mengadun) untuk mencetus idea-idea transformasi pendidikan yang baik. Namun ia menuntut kita sama-sama berfikir dengan jiwa yang bebas daripada belenggu politik kepartian ketika mencari idea-idea perubahan untuk Malaysia yang merdeka.

5. Usaha untuk melabel beliau sebagai Menteri Kasut Hitam atau Menteri Tulisan Jawi yang membawa maksud pemikir perkara remeh-temeh, ternyata amat meleset malahan satu manipulasi media yang menuntut orang ramai untuk lebih berhati-hati tatkala agenda pembunuhan karakter dimainkan mensasar sesiapa pun.

Sumber:

BACA: Panas !!! TPM dari Sabah, Sarawak boleh direalisasikan bawah PH