Parlimen belum dapat notis kabinet untuk panggil bersidang

Oleh MHDAILY

Berbaki dua minggu sebelum persidangan Parlimen selama lima hari bermula 26 Julai ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Rashid Hasnon berkata, mereka masih menunggu notis Kabinet sebelum boleh memaklumkan kepada Ahli Parlimen agenda persidangan.

Katanya, notis 28 hari biasanya diberikan kepada Ahli Parlimen, tetapi mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) Dewan Rakyat, mereka memerlukan notis khas daripada Kabinet memandangkan ia adalah persidangan khas.

β€œDisebabkan persidangan itu mengenai hal ehwal kerajaan, kami perlu menunggu notis bertulis untuk tahu (agendanya),” katanya kepada FMT.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Beliau berkata, sebaik sahaja Ahli Parlimen mendapat kelulusan, mereka akan mengadakan mesyuarat dua jawatankuasa untuk membincangkan logistik persidangan hibrid kerana ada yang akan menghadiri persidangan itu sendiri, manakala yang lain akan mendaftar secara dalam talian.

parlimen

Katanya, Ahli Parlimen sudah mengemukakan cadangan untuk mengadakan persidangan hibrid kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan bagi berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

β€œKami hanya boleh mengadakan mesyuarat dua jawatankuasa selepas mendapat notis itu.”

Terdahulu, veteran DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan berkata, Ahli Parlimen belum menerima sebarang notis berhubung persidangan Parlimen.

Pada 5 Julai lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan persidangan khas selama lima hari mulai 26 Julai ini untuk memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara.

Pengumuman itu menyusul gesaan berulang kali Istana Negara supaya Parlimen bersidang semula bagi membincangkan langkah berhubung krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/12/dewan-rakyat-masih-tunggu-notis-kabinet-untuk-parlimen-bersidang/

BACA JUGA :Β 6 MT Umno tak tandatangan borang setuju Muhyiddin berundur