Gempar !!! Nazri dedah lebih ramai ahli parlimen Umno akan umum tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin

Gempar !!! Nazri dedah lebih ramai ahli parlimen Umno akan umum tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin

Lebih ramai ahli Parlimen Umno mungkin dijangka mengikut jejak langkah ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub dan menarik sokongan kepada kerajaan, kata Nazri Aziz.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, lebih ramai yang akan mengikut contoh Jazlan yang hari ini mengumumkan tidak lagi menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Kita tunggu dan lihat. Lebih ramai ahli Parlimen (Umno) mungkin menarik sokongan mereka. Kita tunggu dan lihat.

“Selepas itu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mesti menghadap Yang Di-pertuan Agong,” katanya kepada FMT.

Kenyataannya itu merujuk kepada syarat perlembagaan bahawa perdana menteri yang kehilangan sokongan di Dewan Rakyat mesti meletak jawatan jemaah menterinya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengatakan jumlah ahli Parlimen Umno yang dijangka menarik balik sokongan mereka itu. Muhyiddin sejak beberapa minggu lalu berdepan tekanan dalam Umno termasuk daripada segelintir ketua bahagian.

Disoal sama ada beliau antaranya, Nazri menjawab: “Saya tidak tahu lagi.”

Tambahnya, tanpa Jazlan, Muhyiddin kini mempunyai 111 ahli Parlimen berbanding 109 dalam pembangkang. Ini turut merangkumi Jazlan.

Kerajaan Perikatan Nasional memerlukan 112 undian untuk majoriti mudah daripada 222 kerusi Dewan Rakyat. Dua kerusi kosong akibat kematian dua ahli Parlimen.

Selain Jazlan, ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini juga menyatakan tidak menyokong Belanjawan 2021 bulan lalu apabila mempersoalkan keabsahan kerajaan Muhyiddin.

Berita penuh ; https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/09/lebih-ramai-ahli-parlimen-umno-akan-tarik-sokongan-terhadap-muhyiddin-kata-nazri/