Gempar !!! Nazri cadang kerajaan sementara lepas Umno tinggalkan Bersatu

Gempar !!! Nazri cadang kerajaan sementara lepas Umno tinggalkan Bersatu

Jika Umno akhirnya membuat ketetapan memutuskan hubungannya dengan Bersatu pada perhimpunan agung parti itu pada 31 Jan ini, ia tidak semestinya membawa kepada pembubaran parlimen pada 1 Feb, kata Nazri Aziz.

Bekas menteri undang-undang itu berkata dalam keadaan Umno tidak lagi memberikan sokongan kepada Bersatu, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik kerajaan sementara sehingga keadaan selamat untuk pilihan raya umum (PRU) diadakan.

“Apa yang dilakukan Umno sekarang adalah untuk mencetuskan situasi yang akhirnya akan membawa kepada pembubaran parlimen agar PRU diadakan.

“Tetapi ia masih bergantung kepada Agong untuk memutuskan bila parlimen boleh dibubarkan.

“Itu adalah hak Agong. Kalau agong rasa belum masa untuk bubar parlimen, baginda boleh melantik kerajaan sementara,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata situasi semasa Covid-19 di negara ini berada pada tahap genting dan mencadangkan agar perintah kawalan pergerakan lebih bersasar dilaksanakan.

Ia berlaku ketika hubungan Umno dengan Bersatu semakin tegang ekoran satu demi satu bahagian parti itu mengemukakan usul untuk menamatkan kerjasama terbabit.

Malam tadi Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk membawa usul berkenaan ke perhimpunan agung parti pada hujung bulan ini supaya diputuskan.

Umno sendiri sebelum ini mendesak agar PRU diadakan segera dengan alasan supaya kerajaan yang mendapat mandat rakyat dapat dibentuk.

Kata Nazri walaupun usul tersebut belum diputuskan secara rasmi dia berpendapat langkah menamatkan hubungan dengan Bersatu itu akan berlaku juga akhirnya.

Pun begitu ahli parlimen Padang Rengas itu berkata tanpa sokongan Umno kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), PRU ke-15 tidak semestinya diadakan serta-merta.

Nazri juga menegaskan, langkah Umno menolak Bersatu tidak semestinya bermakna mereka mahu membentuk kerajaan dengan kerjasama Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Kalau kita boleh adakan PRU, mengapa Umno mahu bentuk kerajaan dengan PKR?” katanya.

Semalam bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pernah menulis kepada Agong untuk menyatakan sokongan terhadap usaha Anwar menjatuhkan kerajaan PN.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula berkata Pakatan Harapan menyedari perkembangan itu sejak Sept tahun lalu dan terbuka untuk bekerjasama dengan Ahmad Zahid bagi menggantikan kerajaan sekarang.

Kata Nazri buat masa ini Umno kekal dengan pendirian mereka iaitu menolak DAP dan Anwar.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557936