Nazri Aziz jadi ‘mastermind’ kumpul SD sokong Hishamuddin

Oleh MHDAILY

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz membuat pendedahan eksklusif kepada Sinar Harian bahawa beliau merupakan ‘mastermind’ dalam mengumpulkan tandatangan surat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memberi sokongan terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun Mohamed Nazri mengakui, gerakan mengumpul SD itu bukanlah bertujuan untuk menukar Perdana Menteri sebagaimana didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Padang Rengas itu mendedahkan gerakan itu adalah semata-mata memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong berkenaan bagi menjadi jurucakap kepada 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sekiranya dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Baca Artikel Penuh