Gempar !!! Nasib peruntukan kepada JASA bakal diundi petang ini

Oleh MHDAILY

Sesi Dewan Rakyat yang menyambung persidangan hari ini dijangka terus panas dengan tumpuan sudah semestinya ke arah perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) peringkat jawatankuasa.

Perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa dijangka bermula pada 11 pagi ini dan dijadual berlangsung selama 10 hari hingga 15 Disember.

Sebanyak 27 kementerian akan menggulung perbahasan dan persoalan yang dibangkitkan Ahli-Ahli Parlimen semasa sesi tersebut.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Hari ini, dua kementerian iaitu Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan akan memulakan perbahasan dengan sesi penggulungan dan undian dijangka diselesaikan sebelah petang.

Menurut aturan mesyuarat, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut dijadual membentangkan RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Pindaan) 2020 bagi bacaan kali pertama.

Difahamkan sebanyak dua atau tiga kementerian akan menggulung perbahasan setiap hari sehingga hari terakhir perbahasan RUU.

Antara isu panas yang dijangka menjadi pertikaian ialah peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), pengagihan peruntukan RM620 juta bagi penyelenggaraan 10,223 sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, dan isu peruntukan melawan pandemik COVID-19.

Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.

Sesi penggulungan RUU bacaan ketiga ini penting untuk membolehkan setiap peruntukan diunjurkan dalam Belanjawan 2021 selepas dua minggu dibahaskan di Dewan Rakyat dan diluluskan pada peringkat dasar pada 26 November lalu.

Perbahasan peringkat jawatankuasa ini juga dijangka panas susulan kenyataan daripada pemimpin pembangkang yang dijangka tidak akan memberi laluan mudah untuk mencapai kelulusan Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 memperuntukkan RM322.5 bilion iaitu RM236.5 bilion disediakan untuk perbelanjaan mengurus, RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, RM17 bilion kepada Kumpulan Wang COVID-19.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanjawan-2021-perbahasan-peringkat-jawatankuasa-dijangka-panas-270820