GEMPAR | Muhyiddin sentiasa diancam rakan sendiri

GEMPAR | Muhyiddin sentiasa diancam rakan sendiri

Peralihan kuasa dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini dilihat tidak berkesudahan apabila kegoyahan Perikatan Nasional (PN) bukan disebabkan oleh parti lawan tetapi rakan perikatan itu sendiri.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu mendakwa Perikatan Nasional kini bagaikan telur di hujung tanduk apabila kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa diancam dan diserang rakan sendiri.

Ujar Mat Sabu, ia terbukti apabila Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sekaligus menyaksikan pertukaran Menteri Besar negeri itu.

“Kini negara terus dicengkam dengan suasana tidak, stabil tidak menentu dan sukar ditentukan keabsahan atau legitimasi kerajaan. Semua usul tidak percaya ditolak.

“Anehnya peralihan yang berlaku seperti tiada kesudahan. Kejatuhan yang berlaku bukan sahaja angkara lawan tetapi juga termasuk rakan pakatan sendiri seperti yang dilihat di Perak.

“Kedudukan Muhyiddin sentiasa diancam dan diserang bukan sahaja oleh lawan bahkan juga oleh kawan-kawan baru mereka (PN). Fenomena yang dianggap sebagai ‘PM under siege’ atau ‘PM under attack’ berterusan tanpa henti menjadikan beliau sendiri terdedah dengan kegiatan ugutan lantas tidak mampu menstabil kan negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Nasional Amanah 2020 hari ini.

Beliau, turut mendakwa UMNO merupakan rakan PN yang licik mengakibatkan ketidakstabilan kerajaan pada hari ini.

“Konco-konco UMNO khususnya sangat licik bermain kayu tiga dalam sengketa dan kemelut yang tidak berkesudahan. Banyak ‘sogokan’ yang telah mereka kecapi dan diberikan oleh Muhyiddin. Keadaan ini membolehkan Perikatan Nasional sentiasa menang apabila pertarungan angka di Parlimen dilakukan,” katanya lagi.

Ketidakstabilan kerajaan pada hari ini, menurut beliau, mengakibatkan Perikatan Nasional kelihatan hanya berminat berpolitik semata-mata .

“Pada masa yang sama satu tanggapan negatif rakyat terhadap kepimpinan politik di Putrajaya juga tinggi apabila melihat kerajaan hari ini.

“Seolah-olah kesedapan dan kemaruk kuasa tanpa mengendahkan kritikan pedas rakyat setelah mendalangi ‘Langkah Sheraton’ sebelum kemelut penularan mencanak dalam Gelombang kedua Covid-19.” tambahnya.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/12/26/muhyiddin-yassin-sentiasa-diancam-rakan

COMMENTS