Gempar !!! MP Umno dedah apa berlaku dalam sesi menghadap tadi, cuma seminit

Oleh MHDAILY

MP Umno dedah apa berlaku dalam sesi menghadap tadi, cuma seminit.Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif memaklumkan setiap ahli Parlimen diberi masa-masa kira-kira seminit untuk sesi sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Jelas beliau, dalam sesi itu mereka diminta memaklumkan calon Perdana Menteri baharu yang diberi sokongan bagi mengesahkan surat perakuan yang dihantar semalam.

β€œAmbil masa kira-kira seminit sahaja. Kami diminta memperkenalkan diri, mewakili Parlimen mana dan siapa calon sokongan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

β€œSesi dijalankan secara seorang demi seorang bersama Yang di-Pertuan Agong,” katanya memetik BH.

Salim juga mengesahkan pada sesi itu, Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Sultan Perak tidak bersama.

MP Umno

Hari ini, seramai 114 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), GPS, PAS dan Bebas dijadualkan menghadap Seri Paduka secara berperingkat.

Sementara itu, seorang Ahli Parlimen dari Sarawak yang enggan nama didedahkan turut mengesahkan sesi itu berlangsung kira-kira satu minit sahaja secara bergilir-gilir.

Katanya, Ahli Parlimen juga diminta membuat perakuan calon Perdana Menteri yang disokong mereka.

Berita Penuh : https://suara.tv/19/08/2021/sesi-menghadap-agong-cuma-seorang-seminit-perkenalkan-diri-parlimen-mana-dan-siapa-calon-pm-disokong/

BACa:Β Gempar !!! Bimbang Ismail Sabri jadi PM, rakyat lancar petisyen bantahan