Gempar !!! MKT Umno putuskan tolak jawatan TPM

Gempar !!! MKT Umno putuskan tolak jawatan TPM

MKT Umno putuskan tolak jawatan TPM.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memutuskan, untuk tidak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keutamaan sekarang adalah untuk membantu rakyat yang berdepan pelbagai bentuk kesulitan kesan pandemik COVID-19.

“Lagipun daripada melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri, lebih baik melobi (jawatan) Perdana Menteri untuk tambah baik bantuan rakyat termasuk moratorium tanpa fardah terakru, i-Citra, segerakan dan tambah lagi BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), BPN (Bantuan Prihatin Nasional) dan BKC (Bantuan Khas COVID-19).

“Tutup juga kilang-kilang tidak perlu, kalau betul total ‘lockdown’ bukan hanya kurung rakyat. Rakyat terdesak perlu bantuan, bukan jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Kenyataan Asyraf itu dipercayai merujuk dakwaan bekas Ahli MKT UMNO yang dibuang, Datuk Lokman Adam yang mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedang berunding jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi mengelakkan UMNO meninggalkan PN.

Asyraf juga mendakwa, UMNO tidak pernah berbincang malah membuat keputusan untuk menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Katanya, jika benar surat yang ditular atau audio perbualan pemimpin tertinggi UMNO dengan Anwar, ia belum tentu mampu mengubah pendirian MKT dan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Persoalan paling asas buat mereka yang cuba bina persepsi bahawa Presiden UMNO bekerjasama dengan Anwar ialah apakah ada sebarang keputusan, hatta cadangan untuk bekerjasama pernah dibangkitkan di PAU atau MKT?

“Tiada siapa boleh ubah pendirian PAU dan MKT yang sudah memutuskan tidak akan bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, hatta presiden parti,” katanya.

Beliau berkata, yang jelas mesyuarat MKT pada bulan Oktober sudah memutuskan pada waktu itu bahawa seluruh Ahli Parlimen UMNO diminta sokong Bajet 2021.

“Sekali lagi, apakah presiden selaku Ahli Parlimen pada waktu itu menolak Bajet dan ingkar keputusan MKT sebagaimana tular surat yang mahu tolak bajet dan sokong Anwar?” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf meminta kerajaan terutama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengarahkan bank memansuhkan atau ‘waive’ faedah terakru sepanjang tempoh moratorium yang ditawarkan.

“Ternyata tawaran moratorium 2.0 hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, kononnya kerajaan PN prihatin mendengar suara hati dan memenuhi segala #TuntutanRakyat!. Akhirnya, Bank Negara juga terpaksa buat kenyataan jujur bahawa moratorium akan tambah kos keseluruhan pinjaman.

“Kalau beginilah rakyat diperlakukan, usah bicara soal kononnya kerajaan PN ini prihatin rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat yang amat susah, perit, tertekan dan terdesak ketika ini, kuasa dan kudrat yang ada seharusnya digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat,” katanya.

Katanya, Pemuda UMNO sudah memberikan cadangan dan solusi bahawa kerajaan boleh memanfaatkan tiga punca kuasa perundangan termasuk Ordinan Darurat 2021, Akta Bank Negara 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, untuk mengarahkan bank menawarkan moratorium tanpa faedah terakru yang membebankan rakyat.

“Sekali lagi Pemuda UMNO, demi rakyat yang terdesak ketika ini, merayu dan mendesak Zafrul kembali berbincang dengan bank-bank dan segera mempertimbangkan kembali tuntutan rakyat supaya dibantu dengan menawarkan moratorium tanpa faedah terakru yang amat membebankan rakyat ketika ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/836576/umno-putuskan-tolak-jawatan-timbalan-perdana-menteri#.YOVqq8UJLY0.whatsapp

BACA JUGA : Terkini !!! Muhyiddin umum Ismail Sabri dilantik TPM, Hishamudin Menteri Kanan