MKT Umno akan putuskan usul keluar kerajaan PN 1 Ogos

MKT Umno akan putuskan usul keluar kerajaan PN 1 Ogos

MKT Umno akan putuskan usul keluar kerajaan PN 1 Ogos. Sepuluh orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menandatangani surat persetujuan untuk menyokong usul untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dalam mesyuarat pada pada 7 Julai 2021 nanti.

Menurut salah seorang ahli MKT UMNO, beliau telah dipanggil ke pejabat UMNO semalam untuk menandatangi surat akan menyokong usul agar parti meninggalkan kerajaan pada 1 Ogos 2021 nanti

Ahli MKT UMNO tersebut bagaimanapun menegaskan tiada sebarang isu sokongan kepada Anwar Ibrahim dibangkitkan. Ia hanya keputusan untuk meninggalkan kerajaan agar memaksa Yang Di-Pertuan Agong memilih Perdana Menteri baharu atau mengadakan Pilihan Raya Umum.

MKT Umno

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan akaun facebook yang menggunakan nama Megat Terawikh bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sedang mengutip tandatangan Ahli MKT untuk menarik sokongan dari kerajaan.

Seorang lagi Ahli MKT UMNO mengesahkan perkara yang sama dan menyatakan beliau telah menandatangani sebagai menghormati permintaan pemimpin tertinggi UMNO tersebut.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum telah diluluskan.

Bagaimanapun Ahmad Zahid menambah dalam ucapannya penutupnya agar kuasa untuk memutuskan hubungan pada bila-bila masa diberikan kepada Presiden dan MKT UMNO disambut dengan sokongan oleh perwakilan.

Bagaimanapun keabsahan penambahan ini sukar dipastikan kerana ia dilakukan secara spontan tanpa mengikut peraturan usul organisasi.

Berita Penuh :https://suara.tv/30/06/2021/majlis-tertinggi-umno-cadang-untuk-jatuhkan-kerajaan-pada-1-ogos/

Jika Anda Terlepas: Ahli Parlimen Pas nafi sudah terima peruntukan PEMULIH RM300,000