43 kali positif Covid-19 dalam tempoh 10 bulan

Oleh MHDAILY

43 kali positif Covid-19 dalam tempoh 10 bulan. Seorang lelaki berusia 72 tahun dijangkiti Covid-19 selama 10 bulan, satu tempoh yang dianggap paling lama pernah direkodkan untuk kes jangkitan berpanjangan.

Dave Smith, guru memandu yang sudah bersara dari Bristol, England berkata, dia disahkan positif sebanyak 43 kali, dimasukkan ke hospital tujuh kali, malah sudah membuat perancangan untuk pengebumiannya.

“Saya mahu mengundur diri, meminta keluarga pulang dan memohon maaf kepada semua orang serta mengucapkan selamat tinggal,” katanya kepada saluran BBC.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

43 kali positif Covid-19 dalam tempoh 10 bulan

Isterinya, Linda yang menjalani kuarantin bersamanya di rumah berkata, ada beberapa ketika dia menjangkakan suaminya mungkin tidak akan kembali.

“Ia adalah tahun yang mengerikan buat kami,” katanya.

Perunding penyakit berjangkit di University of Bristol, Ed Moran berkata, Smith mempunyai ‘virus aktif dalam badannya’ selama ini.

“Kami mengirimkan sampel virus yang terdapat padanya kepada rakan-rakan universiti, mereka dapat membuktikan bahawa ia bukanlah sisa produk yang memicu ujian PCR tetapi sebenarnya virus yang aktif,” katanya.

Smith sembuh selepas menerima rawatan antibodi sintetik yang dibangunkan firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Regeneron.

Ia dibenarkan atas dasar belas ihsan terhadap Smith namun rejim rawatan itu tidak dibenarkan secara klinikal untuk penggunaan di Britain.

Hasil ujian klinikal yang diterbitkan bulan ini menunjukkan bahawa rawatan itu mengurangkan kematian di kalangan pesakit Covid-19 kronik yang tidak dapat meningkatkan tindak balas imun yang kuat.

“Ia umpama anda diberikan semula nyawa anda,” kata Smith kepada BBC.

Smith disahkan negatif selepas 45 hari menerima rawatan Regeneron iaitu 305 hari selepas dia mendapat jangkitan pertama.

Rawatan untuk Smith bukan sebahagian daripada ujian perubatan rasmi namun kes itu kini dikaji ahli virologi, Andrew Davidson dari University of Bristol.

Smith sebelum ini pernah berdepan masalah paru-paru dan baru saja sembuh dari leukimia ketika pertama kali dijangkiti Covid-19 pada Mac 2020.

Dalam temu bual bersama The Guardian, Smith berkata, dia masih berdepan masalah pernafasan namun sudah melakukan perjalanan sekitar Britain dan sedang mengajar cucunya memandu.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/global/eropah/2021/06/722249/43-kali-dijangkiti-covid-19-rancang-majlis-pengebumian-sendiri